It's You!

Friday, June 14, 2013

Ribut!

Salam,

Siapa tengok berita malam tadi tentang kejadia ribut di Pulau Pinang yang menyebabkan menara pemancar di atas bangunan UMNO di Jalan Macalister jatuh menghempap 7 kereta dan mengakibatkan dua kematian? Aduhai...di seberang pun apa kurangnya.

Keadaan laut dan langit gelap...ni beberapa minit sebelum ribut. Sorry la gambar blur

Saya sampai di lebuh raya pesisir pantai Bagan Ajam lebih kurang jam 6.45 petang. Waktu tu dah nampak dah laut bergelora dengan ombak besar. Langit, subhanallah sangat gelap dan angin kencang. Bawa kereta kancil pun terasa melayang ditiup angin.

Lepas tol dan masuk jalan Bagan Ajam angin mula kencang. Ranting pokok dan daun-daun memenuhi jalan. Jalan ke depan sikit nampak pokok besar tumbang menutupi jalan kecil tapi jalan utama masih ok. Jalan depan sikit lepas Sekolah Menengah Dato Onn, nampak pagar sekolah rebah. Jalan depan dah stalled. Rupanya ada satu pokok besar jatuh menghalang jalan utama. Saya nampak ada sebuah kereta di bawah rimbunan pokok. Tak taulah apa nasib pemandunya. Kalau saya laju sedikit tadi mungkin juga saya jadi mangsa.

Mr Hubby call dan saya beritahu keadaan jalan. Hujan dah mula lebat dengan angin dan saya terpaksa berpatah balik lalu jalan lain. Gementar juga sebab saya hanya dengan Danish dan Danial. Lalu jalan Sg Puyu pun sampai Maklom ada pokok tumbang menghalang jalan. Nasib baik kereta kecil so boleh lalu kot tepi pokok.

Sampai Telok Air Tawar pun sama ada pokok tumbang. Banyak betul detour semalam. Dalam ketar pun alhamdulillah selamat sampai. Nah tempek video amatur daripada Danish. Abaikan suara sumbang dan goyang-goyang tu ya...huhu

video

9 comments:

  1. Alhamdulillah..sib baik selamat..dasyhat jgk ributnyer ..

    ReplyDelete
  2. Ada Kniedaz.... takutkan kes runtuh runtuh cam ni... Memang ribut yeh kat Penang?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah masa ribut tu riena dah sampai rumah dgn anak2. kalau tak mmg berdebar2 jgk. pg ni ada 2,3 pokok jgk tumbang. bila ada ribut ni terus teringat hari kiamat,subhanallah. menggerunkan!

    ReplyDelete
  4. atap rumah arnab nyaris2 nak terbang kak..nasib ada jiran dtg umah bgtau pasal tu..sempatlah selamatkan atap tu.

    ReplyDelete
  5. Pandai juga anakanda Danish ambil auntie dapat juga gambaran sebagaimana berita TV malam tadi juga.

    Alhamdulillah selamat. Kiranya en hubby pun bimbang juga Mrs dia dan anak-anak sebab masih dlm perjalanan. Mujur juga bawa kancil dapat menyusup laluan kecik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.. klu sy mesti panik ni...
    bencana yg tak dapat dijangka...moga Allah sentiasa melindungi...

    ReplyDelete
  7. ada jugak dengar berita psl ni semlm. ada yg post kt fb wat spekulasi mcm2. pdhal apa yg terjadi kt penang tu skang ni disbbkan oleh angin monsun ape ntah. ada kuar kt paper aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah mulut orang..tak tau apa yang jadi sesuka hati je komen..letih melayan..buat tak tau je..

      Delete
  8. inshaa Allah sume selamat..semua kuasa Allah..=)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...