Salam
Bangun awal pagi lepas subuh terus naik bilik atas (bilik serbaguna kami). Mulakan dengan bunga crepe untuk hantaran Mummy Yon.
Saya jenis suka buat kerja sorang-sorang...tak suka orang tolong sebab rasa puas buat sendiri. Tapi bila fikirkan...kalau nak jadi peniaga berjaya, kenalah percaya kat orang lain baru perniagaan berkembang. Ye tak?
Berniaga ni persaingannya boleh tahan juga. Kadang tu dalam satu kawasan, ada ramai yang menjual benda yang sama. Yang nak bezakannya cuma kualiti barang yang dijual. Kalau kualiti pun sama, kena tengok pulak strategi pemasarannya pula...yang mana lebih menarik.
Bagi saya, kepuasan pelanggan tu nombor satu. Saya percaya kalau pelanggan kita suka dengan hasil kerja kita, insya Allah dia akan jadi regular. Lepas tu dia akan jadi promoter bergerak kita tanpa bayaran. Dan saya percaya sedikit hadiah kecil untuk pelanggan tetap dan promoter bergerak ini takkan merugikan kita.
Tetiba je cerita pasal perniagaan kan...hahaha...otak sedang bergerak mencari idea. Cuma kekangan masa yang perlu diatasi lepas ni.
Selamat berhujung minggu!
semoga perniagaan kniedaz makin maju ye...
ReplyDeletepertanian adalah perniagaan.eh silap, kraf adalah perniagaan.. :)
ReplyDeletekueh
Cantik ;) saya nye kraf pun berjalan agak slow ;) tapi mmg minat sangat dgn kraf nie , side income
ReplyDeleteseriously memang cantik bunga hasil kerja u nie....
ReplyDeletekalo betul2 nak berniaga, i think you leh buat...
sbb u creative and minat buat ni....
and yes, kualiti harus jaga sis...
smoga one day, bisness u suksess...
selamat berkraf..
ReplyDeletemesti hasil nya ni cantik.. sy pun sama, biar mahal asal berkualiti..kepuasan pelanggan paling penting..:)
salam kenal....
ReplyDeletewah cantiknya bunga tu...bunga tisu ek????
akak... cantiknya bunga crepe tu! betul tu, kepuasan pelanggan perlu diutamakan.
ReplyDeleteMemang untunglah Kniedaz dapat kelebihan lembut tangan ni hehe... semoga berjaya yeh!
ReplyDelete