It's You!

Thursday, June 13, 2013

My Library

Salam,

Tarik nafas sikit hehehe...boleh curi-curi BW jap lagi, tugas dah banyak yang selesai. Sekarang ni, kurang idea nak menulis tentang apa. Bila nak cerita pasal anak-anak, asyik lupa nak tangkap gambar je. Kalau saya ni, jenis tak buh gambar saya rasa tak lengkap. Hahaha...

Jenguk ke luar pejabat, tengok ramai juga student melepak di ruang dokumentari/Astro. Ada yang membaca akhbar, ada yang menonton televisyen, ada juga yang curi-curi tidur sebentar. Kalau terlampau lena, selalunya kami kejut tapi kadang-kadang kesian tengok. Malam dok study ke apa. Hehehe...

Sejak student ramai ni, tahap kesejukan penghawa dingin pun di tahap maksimum juga. Saya lebih suka sejuk daripada berpanas. Bukannya apa, library kami ni jenis tak ada tingkap. Bangunan berkaca. Udah macam akuarium atau rumah hijau so kalau panas tu, memang berkuap la. Jadinya, kalau sejuk kira dah lali dah. Pernah suatu ketika dulu, aircond punyalah sejuk sampai kami rasa nak buat unggun api la pulak. Bila dah tak tahan sangat, kami keluar jap duduk depan library tengok budak-budak. Hahahaha...

Library kami ni masih baru. Banyak juga pelatan yang masih tidak mencukupi seperti kerusi dan meja. Ruang masih luas tapi belum lagi dimanfaatkan. Banyak cadangan diberikan tapi apabila melibatkan perbelanjaan, terpaksalah kena tunggu green light daripada pihak Bendahari.

Teka yang mana satu saya? Hehehe

Dalam library kami ni, bos perempuan, bos kecik ada dua, satu perempuan satu lelaki. Staf pulak majoriti baru umur 20-an dan awal 30-an so korang bayangkanlah kalau buat event atau meeting, semua kepala hu ha hu ha. Setakat ni, memang sempoila...tapi biasalah bila muda, darah cepat panas so cepat la melenting kalau ada silap kat mana-mana. Bab kerjasama sangat best. Alhamdulillah bos pun sporting.

Eh...eh..dalam takde cerita, panjang juga karangan saya. Okla..stop dulu..nanti sambung lagi ya...tempat kerja korang macam mana pulak ya?

8 comments:

  1. seronok kan kerja dlm suasana bagus camtu, staff semua baik.. senang nak kerjasama.

    ReplyDelete
  2. wahhhh..meriah betul staf2 kt sana ye. rindu pulak kenangan masa study kt uitm dulu2. saya pun sama jugak, lbh rela bersejuk dari berpanas :)

    ReplyDelete
  3. Pasal library sejuk la saya suka masuk library...hahaha...

    Pernah masuk library UiTM Shah Alam? Dulu masa saya kerja di sana, selalu melepak tingkat atas library tu...Tapi ekon nya tak sejuk sangat...mmg rasa berkuap...hahaha

    ReplyDelete
  4. kasik gambar dalam library laa pula..

    kueh

    ReplyDelete
  5. pada kaka pun biar sejuk jgn panas tak boleh buat kerja.

    Kalau majoriti satu kepala nak buat kerja dan berbincang senang. Sikit-sikit masalah tu biasalah mana ada yg semuanya smooth..

    ReplyDelete
  6. betullah baik sejuk drpd panas...kalau sejuk boleh pakai sweater. kalau panas takkan nak buka baju pulak..hehehe

    ReplyDelete
  7. Setuju ...okje pun suka sejuk dpd panas....
    Naluri OKje kuat mengatakan yg pakai tudung putih! betul tak?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...