Salam,
Hujung minggu ni, Insya Allah saya dan Mr Hubby akan hantar mak dan Yana pulang ke Batu Pahat, Johor. Semalam dah kemas sikit baju Yana dan bubuh dalam beg. Rasa ketaq juga untuk tinggalkan dia di sana tapi insya Allah dipermudahkan semuanya. Ada juga kata ini sebahagian daripada agenda tersembunyi sempena hari raya Aidilfitri. Confirm kena raya di Johor sebab nak ambil Yana (hahahahahaha).
Nanti saya update perkembangan Yana di kampung. Adik lelaki saya di kampung pun kata ok. Nanti petang-petang dia akan bawa Yana ronda-ronda dan tolong jaga Yana. Insya Allah Yana baik-baik saja duduk dengan Tok Madah dan Cik Man. Kalau tak ok, mungkin saya akan ambil balik minggu depannya pulak. Waktu ni, kena berkorban.
Minggu depan juga saya terpaksa tinggalkan Danish, Danial dan Yani di bawah jagaan Mr Hubby dan Mummy Yon sebab saya terlibat dalam Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Sekolah Menengah Seluruh Pulau Pinang di bawah Program Destini Anak Bangsa UiTM. Selaku AJK bersama dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam, kena membantu dalam memastikan semua peserta dalam keadaan aman. Kena pergi 4 hari tapi taklah jauh cuma di pulau saja tapi terpaksalah bermalam di hotel.
Minggu ni pun sibuk. Harapkan lepas hantar mak dan Yana serta selesainya bengkel barulah kepala tak serabut. Bolehlah berpuasa dengan aman damai. Selagi semuanya tak selesai, asyik terfikir macam-macam. Semoga semuanya berjalan lancar.
Nak tempek muka Yana. Mummy Yon buh gambar hari ni punya cerita di rumah. Amboi...
anak sy mlm pertama je mencari. masuk hari kedua dah tak heran dah..hehe
ReplyDeleteboleh ke si kembar tu berpisah ida? siannya...puasa2 pun berkursus kan..cikgu pun 2x5 jugak...
ReplyDeletekadang2 terfikir juga, tak cukup ke 11 bulan yang lain tu untuk buat kursus. satu bulan yang penuh keberkatan juga dicari bukan apa, kat Arab Saudi nu, depa cuti sebulan dalam bulan Ramadan.
Alahai mesti sedih nak berpisah dengan anak kan Kniedaz...kecik lagi pulak tu...tapi nak buek camno omak eh bizi, pengasuh pun susah nak jaga dua dua kan....
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas layanan baik dan kerjasama yang diberikan kepada kami, peserta bengkel di hotel hydro baru-baru ini. Saya antara peserta yang juga terpaksa tinggalkan 2 anak kecil - dengan suami.