Kongsi tips di dapur masak.
1. Untuk memaksimumkan jus limau yang mahu diperah, gelekkan menggunakan tangan. Cara lain ialah masukkan ke dalam microve selama 5 minit baru perah.
2. Bersihkan dapur seiring dengan memasak. Siap je masak, siap mengemas.
3. Nak pastikan minyak kita sudah cukup panas untuk menggoreng? Celupkan sudu/senduk kayu ke dalam minyak. Jika ada buih keluar dari senduk, itu maknanya minyak sudah cukup panas.
4. Kalau rebus spageti, jangan dibuang semua air rebusannya tu. Waktu masak sos, tambahkan air rebusan itu sekali. Menambah rasa dan kepekatan sos.
5. Gunakan pisau tajam di dapur, ia lebih selamat dan memudahkan kerja-kerja kita.
Saya nak try la masukkan limau dlm microwave ..:P
ReplyDeletemasakan selalu bertumis, berlada..tang percik kat dinding tu yang bercinta nak mengelap
ReplyDeleteowh... baru tau tips no 3 tu... tapi kalau sya nak goreng ikan, dengar bunyi je... hehe
ReplyDeletenice sharing..:)
ReplyDeleteTIPS KE-3 TU BUI BARU TAWW..TQ YER
ReplyDeletetang air rebusan spagetitu tak penah buat... thanks akan dicuba..
ReplyDeleteno 1, 2, 5 mmg selalu buat. tapi kalau zayyan dah start melalak... dapur tinggalkan bersepah cam tongkang pecah juga.
ReplyDelete