It's You!

Friday, June 7, 2013

Mana Hadiah Kakak?

Salam,

Semalam adik ipar dan suami sampai ke rumah kami selepas bercuti di Pulau Redang dan pulang ke Kelantan. Dah banyak hari Yani dok tanya "bila Cik Liana nak balik? Cik Liana balik bawak hadiah kat kakak". Amboi...dah pandai minta hadiah dah...huhuhu..

Semalam diorang cerita, bila adik ipar sampai je rumah, dia dah tunggu depan pagar rumah dengan berpampers je. Nampak-nampak muka adik ipar dia tanya, "Mana hadiah kakak?"

Cilok gambar ni kat FB adik ipar.

Diorang dapat set dapur masak. Wah...bila saya balik, tak sibuk pun nak sambut saya...leka dengan dapur mereka. Sibuk sangat sampai saya minta air kopi secawan pun tak dibuatkan. Hehehehe...nampaknya dua tiga hari ni, basikal-basikal mereka tak dapat perhatian la. Perhatian dah tertumpu ke dapur pula. Nanti mama tumpang main sekali ya!



4 comments:

  1. Jgn kata si comel berdua ini yg khusyuk masak-masak, anak kakak yg dah 10 tahun itupun masih main masak-masak macam ini tau..

    ReplyDelete
  2. Hehehe..budak2 perempuan minat sungguh main masak2 yer..mamanyer pun nak join jgk tuh ...hehe

    ReplyDelete
  3. seronok lah dorang dpt menan masak2....
    macam2 menu dorang leh masakkan nanti :D

    ReplyDelete
  4. Alahai bestnya bila main berkawan...untunglah ada twinkan... Yang ni dapat si TLBD mmg suka ni..hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...