It's You!

Monday, June 10, 2013

Program

Salam,

Hari ini lambat betul saya bersiaran. Pagi tadi kurang mood nak menaip. Jam 8.15 pagi sudah perlu berkumpul di depoh bas UiTM untuk ke program Taklimat Skim Saraan Transformatif di USM, Pulau Pinang. Datuk Omar Osman, presiden CUEPACS yang memberikan taklimat.



Kata Datuk, sebenarnya ianya bukan satu taklimat lengkap, cuma sekadar sedikit pencerahan tentang beberapa perkara yang menjadi tanda-tanya pelbagai pihak.

Isinya tadi, Datuk memberikan penjelasan tentang kenaikan KGT Julai ini, kenaikan 3% setahun bagi yang sudah mencapai gaji maksimum, pelaksanaan time-based untuk semua gred, faedah pesara, pinjaman perumahan dan lain-lain.

Jumpa ahli-ahli jawatankuasa kesatuan daripada universiti-universiti lain dan juga UiTM Shah Alam sendiri. Banyak juga soalan yang diajukan oleh ahli-ahli untuk Datuk Omar jawab. Macam-macam pendapat yang saya dengar.

Saranan Datuk Omar supaya golongan pelaksana mendaftar sebagai ahli CUEPACS juga saya rasakan ada kebenarannya kerana biasanya orang yang bukan ahli yang cakap lebih, kritik lebih dan minta lebih. Hahaha....

Baru je balik. Nasib baik program selesai awal...kalau lambat jenuh berdengung kepala tersekat dalam kesesakan di jambatan waktu orang balik kerja.

2 comments:

  1. Ada org berseloroh.."Presiden CEUPACS ni kerjanya mudah..tiap2 tahun mintak bonus...bonus...bonus.."

    ~hahaha

    ReplyDelete
  2. Apa pun layan ajelah apa yg diaorang cakap! kan Kniedaz

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...