It's You!

Thursday, June 6, 2013

Berita Hari Ini

Salam,

Tengahari tadi, saya dan 7 orang teman sepejabat pergi makan kenduri di rumah seorang lagi teman pejabat yang mendapat adik ipar baru. Alkisahnya, teman saya ni tinggal di Bandar Bharu, Kedah dekat dengan USM cawangan Nibong Tebal. Di Kedah hari ini cuti Israk Mikraj, itu sebab keluarganya buat kenduri kahwin hari ni. Kami di Penang hari ni tak cuti, so kenalah beralah tak boleh pergi semua ke majlis kenduri tu. Maklumlah, kami ni bekerja dengan pelanggan, ada kaunter so tak bolehlah tinggal begitu saja.

Bila makan dah kenyang, mata pun dah nak layu-layu je. Nasib baik hari ni tugasan saya di pejabat ialh tugasan santai-santai saja. Saya diberikan tugas untuk menyiapkan Welcome Board Library untuk menyambut kehadiran siswa siswi baru yang sudah mula mendaftar Ahad lepas. Minggu ni minggu orientasi mereka. Esok lawatan mereka ke fakulti dan library so kami semua perlu memberi sedikit taklimat kepada mereka. Jumlah mereka yang mendaftar untuk sesi Jun-Oktober ialah seramai hampir 2900++. Jenuh bercakap sampai takdak suara esok.

Nah nak tempek gambar dua budak kecik kat rumah ni. Macam-macm diorang buat dengan basikal tu. Sekejap diorang naik, sekejap jadi mekanik melerai basikal dan lain-lain lagi. Malam tadi, diorang jadikan basikal tu stereng kereta...siap masukkan gear lagi huhuhu..


3 comments:

  1. syok tu pi mkn kenduri ye kak...

    ahaha.. kelakarlah kembar akak ni, macam2 gaya dah tu. kreatif sungguhlah dorg ni.

    ReplyDelete
  2. tulah tanda kreatif.. tak yah dah beli kereta...
    syiok makan kendurinikan..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...