Entry jalan-jalan tak habis lagi tapi saya buh gambar-gambar ngan caption je ye. Letih nak menaip banyak-banyak tapi kalau tak ditulis tak jadi kenangan pulak. Tapi sebenarnya, semua kenangan pahit manis tetap terpahat di dalam hati hehehe....
Turun dari Tangkuban Parahu, kami masih makan tengahari di Bandung. Lupa pulak nama Restoran kami ni tapi ada pisang, daun pisang ke apa ka.
Antara menu terakhir kami di Bandung. Saya suka sangat tauhu goreng mereka tu. Digoreng bersalut tepung nipis yang rangup dan rasanya pedas-pedas sedikit. Nak buat juga kat rumah nanti walaupun tak tahu apa rempah yang dia bubuh. Ikan Gurami tu, saya sorang je makan sebab Mr Hubby dan 2 lagi teman semeja tak makan ikan darat.
Pemandangan dari meja makan kami. Waktu ni jam 12 tengahari tetapi saya tak nampak orang pun kat rumah-rumah tu, mungkin semuanya bekerja kot. Waktu tengah makan, dengar azan Zohor, kat sini masuk waktu awal sejam la kiranya.
Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Jakarta melalui lebuhraya Cipularang juga. Bandung cuacanya nyaman, sawah-padi terbentang luas dan banyak pokok pines dan ada juga ladang teh di tepi jalan. Rasa rugi pulak kalau tertidur so sepanjang jalan saya buka mata luas-luas. ^_^
Banyak juga padi bukit ditanam di sini. Cuaca sangat redup dengan kabus walau dah tengahari.
Di pertengahan jalan, kami singgah di kawasan rehat KM97, perhentian yang sangat bersih dan luas. Ada masjid besar untuk solat dan kedai-kedai makanan dan cenderahati. Di sini Mr Hubby membeli pisang keju. Ada juga yang beli brownies Amanda dan kek KArtika Sari yang femes tu. Rupa-rupanya ada kisah juga di KM97-KM95 ni. Kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan keras dan selalu terjadi kemalangan di sini. Banyak juga penampakkan lembaga-lembaga misteri di sepanjang kawasan ini. Kata Pak Herman itu salah satu sebab mereka membina masjid di perhentian supaya suara azan sentiasa berkumandang di kawasan tersebut. Memang seram gak bila dengar cerita Pak Herman.
Salah satu plaza tol menuju ke Jakarta. Pak Herman cerita lagi, di Jakarta-Bandung, waktu siang yang menjaga tolnya ialah perempuan tetapi bila malam, orang lelaki yang jaga.
Di kaki langit, Jakarta menunggu kami. Sepanjang jalan ke Kota Jakarta, banyak rumah-rumah yang dibina rapat-rapat seperti dalam gambar. Semua orang mahu berada di bangunan dengan dengan kaki langit, pastinya. Sampai di Jakarta, kami dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah (TMII) tapi kami sekadar sightseeing menggunakan bas sahaja. Orang sangat ramai di TMII dan taman mini ni sangat luas. Nanti cerita.
Sampai di Jakarta, kami dibawa ke ITC Cempaka untuk last shopping hari itu. Di sana kami tidak membeli apa-apa. ITC Cempaka sangat luas dan menjual pelbagai barangan. Orang sangat ramai. Selepas ke ITC Cempaka, kami dibawa makan masakan Padang/Minang, my favourite. Nampak tak sambal ijo tu? Waduh...yang itu saja yang saya ulang ceduk. Hehehehe
Selepas makan kami dibawa ke hotel kami menginap di Jakarta, Hotel Gren Alia, Prapatan. Hotel muslim ini baru saja siap dibina tahun 2012. Hotel ni cuma 2 bintang ya tapi selesa.
Terbangun jam 5 pagi, pergi ke tingkap tangkap gambar bulan penuh ni. Kat sana matahari naik awal. Jam 6 pagi sudah terang.
Kami turun breakfast jam 6 pagi tapi dah cerah. Lepas breakfast naik balik ke bilik untuk mengemas beg. Sekejap je dah hari last. Hari last kami akan dibawa ke Masjid IStiqlal, Tugu Monas, dan Tanah Abang. Nanti saya cerita ye.
Hotel Gren Alia.
Jakarta memang padat kan...pernah pergi bbrp tahun lepas..kat sana pun perlu berhati2 depa nie suka mengetuk tourist..semuanya nak charge mahal2..
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletebest juga kota jakarta ye.. macam2 tempat menarik.. tolnya tu pun menarik sbb pompuan jaga siang.. lagi jaga malam.. cara nak menghindarkan dari jenayah juga tu.. kan.. makanan tu semua buat nani terliur.. udah dekat kul 1 ni.. tak sabar nak bukak bekal..
Cantik juga pemandangan nya..
ReplyDeleteLagi prefer Bandung kot berbanding Jakarta...
sedap makanan kat atas tu:)
nak gi Bandung gak... belum penah sampai lagini...
ReplyDeleteseronok yerk.... nak bercakappun mudah bahasa kitajer...
Kalau gi Indon, ikan gurame & tahu goreng tu mmg saya suka makan..sedap...lagi satu kangkung gorengnya....
ReplyDeleteBest tu ada masjid kat R&R...selesa la solat...PLUS kena contohi ni..
Nampak mmg padat la rumah2 kat Jakarta tu...
huhuhu
ReplyDeletebilalah dapat sampai ke sana?
kak belum sampai jakarta lagi..la ni ada anak kecik, kena ada aktiviti, takat shopping depa tak mau pergi..
ReplyDeletetunggu lah setahun dua lagi
bagus jugak kalau dipraktikkan kat tempat kita,waktu malam jurutol lelaki ja...takde la kejadian tak senonoh berlaku...
ReplyDeletenasib baik pegi KM97 tu waktu siang.....hehe...
ReplyDeletebaru tau kat sana pun ada tol jgk...hehe...x penah pegi obersi...