It's You!

Thursday, February 20, 2014

Si Cengeng & Airmata

Salam,

Semalam petang mendengar berita tentang pemergian seorang pemandu di UiTM (Pulau Pinang) yang meninggal akibat sakit jantung. Bila diorang sebut nama, saya tertanya-tanya siapa sebab saya jenis ingat muka tapi tak ingat nama. Bila Mrs Boss tunjuk gambar dalam Whatsapp, baru saya tahu yang mana dan betul tekaan saya. Serta-merta saya sebak dan menitiskan airmata. Walaupun saya tak kenal rapat dengan arwah, tapi arwah sangat suka memberi salam dan berbalas senyum dengan saya walaupun saya bukan orang penting. Sesungguhnya, ajal maut itu di tangan Allah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan bersama orang2 yang Soleh & Solehah.

Selepas siap buat kerja rumah (mengemas, membasuh, menyidai kain, seterika baju, menyiapkan minum malam untuk mereka yang nak minum/makan), saya memulakan projek kraftangan saya. Letih bila buat kerja sambil mulut asyik "Janganlah kacau mama," "Janganlah main gunting mama, nanti kena tangan" "Jangan lari-lari nanti jatuh" huhuhu...dan mereka berdua akan jawab, "Adik pinjam sat je gunting mama" "Kakak nak pegang ni boleh tak?" atau mereka gelak2kan saya bila saya buat muka. Sambil berkraf sambil mendengar/menonton video lagu2 di dalam Youtube melalui hp. Tetiba terdengar lagu yang sangat catchy rentak dan melodinya tapi video klipnya sangatlah menyentuh hati. Alaaaa...mengalir lagi airmata.

Sebelum tidur, sempat menghabiskan novel Can You Keep A Secret oleh Sophie Kinsella. Banyak pulak babak yang menyentuh hati di akhir-akhir buku. Sambil membaca sambil mengelap airmata.

Cengeng kan saya? Sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak nangis tapi itulah saya. Nampak macam ganas, takde perasaan tapi sebenarnya sayalah ratu airmata. Kadang malas nak tengok drama yang sedih-sedih dengan orang lain sebab sure saya menangis. Entah hapa-hapa ntah.


10 comments:

  1. aku kalau nk period mmg cengeng.
    sendiri rasa menyampah ke diri sendiri.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, agaknya kalau kau menopos lagi teruk kot eh?

      Delete
  2. Aku pun cengeng jugak bab baca novel ni.

    Dulu masa pergi kerja naik bas kan, ada sorang pakcik ni senyum aje muka nya. Bila kita naik dia akan bagi salam, senyum. Kalau hari Isnin dan Khamis dia akan puasa. Seronok kawan dengan pakcik tu.

    ReplyDelete
  3. wak pon kekadang kuar airmato bile tenokk pilem hindustan jugakks.,ahhks

    ReplyDelete
  4. salahkan period senang- pre- post- and present-ms, hehe

    ReplyDelete
  5. Perempuan dgn airmata sebenarnya tak dapat dipisahkan. Tak banyak sikit cengeng itu mesti ada.

    ReplyDelete
  6. I pun spesis cengeng gak sis....
    muka and pe'el i brutal tapi hati tisu hehehehehe...

    ReplyDelete
  7. kak ni nampak brutal tapi cengeng gak..hihi

    ReplyDelete
  8. akak, sama la saya pun..kuat sebak. sikit2 nak sebak.. kdng duk tahan airmata..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...