It's You!

Thursday, July 15, 2010

Salam,

Info yang bagus untuk ibu2 mengandung, ingin mengandung, sudah bersalin, anak2 dara yg nak kawen dan suami N bakal suami..hehehe


Pasal Kurma

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya.."
Kebaikan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.  Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah-satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"...

Khasiat Kurma
mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

15 comments:

  1. masa peknen dulu memang ain amalkan makan kurma....

    bulan puasa wajib ada stok kurma kat rumah....

    anak2 pun suka....

    ReplyDelete
  2. hah, apa lagi, mkn buah kurma byk2 tau~!!

    ReplyDelete
  3. Riena ~ Stok semalam ada lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. izan suka makan kurma!... alhamdulillah kurma sentiasa ada kat umah khas dari mekah n madinah~~

    ReplyDelete
  5. yeke..bagusnya..akak suka kurma yg kering je..yg lembik tak suka hehe

    ReplyDelete
  6. suka makan kurma yg disalut badam dan coklat
    sedap gilerrrrr

    ReplyDelete
  7. kak ida.......

    iera tak makan la kurma ni...
    hubby duk makan gak.. tapi iera lansung tak penah rasa.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang menarik dan baik.. wpn ada yg dah tahu, tp memperingati slalu adlah lebih baik dari ada ilmu yang tak diamal dan disebarkan..

    ReplyDelete
  9. iera ~ elok makan time pregnant..xleh makan banyak makan sket dulu ^_^

    ReplyDelete
  10. rainbow ~ betul betul betul... ^_^

    ReplyDelete
  11. kak...dni pernah habiskan sekotak je yusof taiyyob tu... kih3

    ReplyDelete
  12. suka makan kurma...
    tak kisah yg lembut atau yg keras...
    posa dah dekat...
    harus ada bekal....

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...