It's You!

Friday, July 2, 2010

Berkat Pagi Jumaat

Salam,

Bangun pagi ditemani oleh hujan yang turun. Sejuk yang amat..macam takmo bangun plak..hehehe

Sampai ofis pun hujan masih tak berhenti. Kenalah hujan juga walau keluar kereta berpayung. Napalah diorang tak buang kon2 yang menghalang jalan ke lobi? Kan ke menyusahkan  staf waktu hujan2 begini. Bukan kami nak parking kat situ, kami cuma nak drop off je...kadang2 karenah pengurusan sebegini yg menyusahkan staf

OOppss..terbebel plak. Sori ekkk. Ni ada sedikit info untuk renungan dan yang boleh diamalkan oleh kita seharian.

1. Banyakkan beristigfar kerana ia ada kebaikan yang tersembunyi seperti menghilangkan sifat nyanyuk dalam diri, dikeluarkan Allah dari rasa gelisah & berdukacita dan dimurahkan rezeki. Insya Allah

Oh..ya, kalau rezeki kita murah, rajin2lah bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Bukan nilai yang penting tapi niat itu yang utama. Lepas tu kenalah ikhlas ketika menghulur tu jangan di dalam hati ada kata2 seperti "asyik minta derma je.."

Kalau tak mampu ngan wang ringgit atau harta benda, kita bersedekahlah dengan 3 cara ini    1. Tutur kata yang baik   2. Memberi salam (dengan betul ye...)   3. Memaniskan muka bila berhadapan dengan orang

 Senyum itu sedekah

Tu je nak share pagi ni.. biar benda sikit tapi diingat dan boleh diamal oleh semua orang. Ni pun kira sedekah ni...sedekah ilmu, boleh ke? ^_^

Note : Arini ada Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Lahir di Library. Makanan mestilah macam2...wah mesti arini semua orang kenyang giler..

4 comments:

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...