It's You!

Tuesday, July 6, 2010

Ooo La la..licin wajah kalau...

Salam,

Pagi ni nak citer sket pasal makanan kegemaran Danish. Danish ni kalau makan kadang2 cerewet juga. Kadang2 kalau mama dia dah masak dua tiga jenis lauk pun tapi kalau tak kena ngan selera dia, dia ble cakap "ni je ke yg ada?"...sabau je la. Kalau kat umah orang rasa segan pulak..huhu..

Danish sejak dulu lagi suka tomato. Merah, hijau, kecil, besar..semua dia sebat. Kalau aku g pasar dan tetiba ternampak tomato ceri yang merah2 dan nampak juicy tu, mesti aku beli kat dia. 

 Tomato ceri yang Danish suka..mama dia kureng suka


Tomato hijau yg Danish & mama dia suka banget!!

Meh citer sket pasal tomato. Baru tambah sket ilmu pasal tomato..kan kan...?

Asal-usul
Selatan Amerika (Peru, Mexico)

Asal perkataan Tomato
tomatl, perkataan Aztec bermaksud "swelling fruit"

Zat2
Vitamin A & C
Zat Besi, Serat
mengandungi fruktosa, asid folik, potasium, kalsium & garam mineral
pembekal lycopene dalam badan

Khasiat
Antioksidan semulajadi ~ jadi awet muda
Kecilkan liang roma, kurangkan masalah kulit
Lycopene mencegah pelbagai kanser dan sakit jantung
(lycopene tak dapat dihasilkan oleh tubuh, oleh itu kita perlu mengambil makanan yg mengandungi lycopene)

Fakta
Tomato tergolong dalam buah-buahan walaupun kebanyakan kita mengenalinya sebagai sayur-sayuran

Ok..dah belajar serba sedikit tentang tomato. Sebenarnya nak citer juga..aku dan Danish suka sangat makan tomato hijau. Tomato tu aku hiris2 dan goreng dgn bawang besar, lada besar & cili padi, bawang putih dan ikan bilis. Wuiii..makan ngan nasi, sedap banget..

 Sambal lada hiris tomato hijau..yum yum

Sambal sardin yg yum yum jugak..

Pagi tadi aku masak lauk tomato hijau ni dan sambal sardin je. Tak taulah napa agaknya skang ni suka plak memasak. Siap bangun pagi2 masak lauk. So hari ni aku bawa bekal nasi dan budak2 sarapan nasi. Hehe..

Oklah..nak start wat keje pulak..nanti kita sambung lagi ye. Korang sarapan apa pagi ni? Share2 la..daaaa

9 comments:

  1. kak..saya ni tak suka tomato sbb masam. tp bila dah baca entry ni terasa mcm nak kena paksa diri utk makan la pulak..

    ReplyDelete
  2. nyummm nyummm dni puasa hari ni.. cam ngidam sardin lak untuk berbuka hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya kniedaz sambal lada hiris tomato tue...terasa mcm nak buat plak.....kene pi cari tomato hijau nih... :)

    ReplyDelete
  4. ain pun suka tomato, tapi anak2 memang reject....

    bagusnya makan nasi pagi2 kan, bertenaga anak2 ke sekolah....

    ReplyDelete
  5. oh akak ida... tomato mmg la peberet iera.. tapi kena buh dalam masakan le...
    kalau nak ratah yang fresh².. iera tak lalu...hehehehe

    aduh.. tetiba terliur tgok sardin tu.. hehehe...
    ♥♥♥suka nyahhh♥♥♥

    ReplyDelete
  6. dah lame tau khasiat tomato..

    sebab masa saya diet dulu, diet serat saya ialah tomato ngan timun..

    tiga bulan, turun lima blas kilo..
    tak percaye?..

    ReplyDelete
  7. sambal lada tu memang sedap lam makan ngan nasi panas2 kan kak... memang bertambah ler lau makan... ;d

    ReplyDelete
  8. Mmmmm terpingin juga nak makan sambal sardin ni tapi huhu stock sardin dah habis.

    ReplyDelete
  9. Drop in on us contemporary to grasp more information and facts at all events By us contemporary to obtain more low-down and facts regarding [url=http://www.polandlimoservice.com]przewóz osób warszawa[/url]

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...