Salam,
Selamat pagi Isnin kengkawan. Pagi2 ni saja nak cerita tentang review movie Zoo lakonan Lan Petpet ngan Lisa Surihani tu.
Kami g tengok semalam. Saja sebenarnya hubby nak bawa budak2 berdua tu tengok wayang sebab dapat result best waktu exam. So aku pun ikut jela...takkan nak tinggal kat umah plak kan.
Kami g tengok kat Sunway Carnival tapi hubby beli tiket secara online so tak payahlah berebut beli tiket. Ramai gak orang semalam. Yang bawa anak2, sure nak tengok cerita Zoo ni.
Review? Ceritanya taklah best sangat. Nak kata kelakar, tak jugak sebab aku ketawa 2 kali je. Siap ble ngantuk nak tidur adalah. Aku rasa lawaknya tak berapa menjadi pulak. Setakat Lan Petpet wat aksi maikel jekson tu je aku sampai naik boring pulak.
Ceritanya pasal Saad yang sangat sukakan binatang. Dia interview kerja kata Zoo Negara dan diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kat dalam Zoo tu semua binatang ble bercakap tapi yang ble dgr binatang bercakap cuma si Saad ni je. Lepas tu ada dua pencuri ni selalu masuk dalam zoo curi binatang dengan bantuan orang dalam. So, binatang2 ni minta tolong kat Saad siasat perkara ni. Tapi belum pun selesai siasatan, Saad telah dibuang kerja sebab dituduh mencuri binatang2 dalam zoo tu. Untuk membersihkan namanya dan mencari pencuri sebenar, Saad pun pergi ke zoo semula selepas seekor burung kakak tua bernama Alice melepaskan diri dan pergi ke rumaha Saad untuk meminta bantuan.
Macam gitulah serba sedikit ceritanya. Kalau korang nak bawak anak2, bawaklah tapi aku tak gerenti la best sangat sebab bagi aku biasa-biasa je. Oklah..cau cin cau..kerja menanti..daaa
Note : Danish & Danial kata nak tengok cerita Predators lepas ni. Macam tak excited je diorang tengok Zoo tu. Si Danial siap ajak aku bersembang plak dalam panggung pastu asyik bangun duduk bangun duduk je..boring la tu..huhu
hajar ade gak plan nak g tengok citer ni sebab lisa surihani ade berlakon... tp biler akak cakap x berape best rase cam malas jer nak p tengok... beli dvd jer la nanti.... ;d
ReplyDeletehajarus ~ betul beli je DVD..kalau nak tgk wayang tgk citer lain je la hajar..huhu
ReplyDeletemmg tak best lah tu siap boleh sembang ngan mama dia~
ReplyDeletehaha.biasala filem melayu ni.nampak macam best sekali bila tgk tak best pun.
ReplyDeletesebab tu la hubby taknak tgk filem melayu.boleh kira dengan jari berapa kali kitorang tgk filem melayu..huhu
Izan ~ Hehe..ye kot..siap bagitau jam skang pukul berapa lagi..cakap kuat2 pulak tu huhu
ReplyDeleteFrahana ~ Hehe..samala kita..jarang tengok citer melayu kat panggung bukan taknak sokong tapi tak best pun..dulu tgk jangan pandang belakang, cinta n niyang rapik je..huhu
ReplyDeleteKalau dah duduk berdiri duduk berdiri tu, kira keboring lah tu hehehe.
ReplyDelete