Salam,
Baru lepas perhimpunan bulanan dan bacaan yasin di Laman Perdana.
Sebenarnya nak citer tentang satu buku yang menjadi all-time-favourite aku. Tajuknya The Secret Garden.
Kalau sapa2 ikut, cerita ni telah difilemkan dan pernah main kat tv dulu-dulu. Cerita klasik tapi sangat menyentuh hati.
Dua buku tajuk yang sama dalam library..tapi lain2 versi
Mengisahkan seorang kanak2 perempuan bernama Mary yang kematian ibu bapanya di India. Oleh kerana dia tidak mempunyai keluarga di India, dia telah dihantar ke Yorkshire, England : rumah pakciknya. Mary seorang kanak2 yang perengus dan tiada siapa yang sukakannya.
Sampai di Yorkshire, Mary mengetahui tentang pakciknya yang sentiasa sibuk dan bersikap tidak ambil peduli. Beliau bersikap begitu semenjak kematian isterinya. Di sana Mary mula belajar menyukai orang lain. Hari2nya dihabiskan dengan pencarian taman rahsia milik isteri pakciknya yang telah lama terbiar. Hidupnya mula bermakna apabila dia dengan bantuan seorang anak orang gaji membangunkan taman rahsia itu.
Aku boleh ingat jalan ceritanya walau dah lama baca. Semalam waktu shelving buku di rak, jumpa buku ni. Terus pinjam baca kat umah. Satu malam dah abis. Pagi tadi baru perasan ada satu lagi buku tajuk yang sama baru sampai tapi versi panjang kat troli.
Frances Hodgson Burnett ketika hayatnya
Penulis buku ni ialah Frances Hodgson Burnett yang lahir pada 1849 di Manchester, England. Buku ini ditulis pada tahun 1911. Buku ni telah dibaca oleh kanak2 di serata dunia selama lebih 100 tahun. Mungkin Danish & Danial akan baca juga bila diorang dah pandai membaca buku bahasa inggeris dengan lancar nanti. A worth to read book!
ka.. belanja dni buku ni satu ;p
ReplyDeletemenarik kalau difilemkan ni...
ReplyDeleteAda movie dia ni. Memang best.
ReplyDelete