It's You!

Thursday, February 27, 2014

Bored of Being Bored Because Being Bored is Boring

Salam,

Sudah beberapa hari saya terjaga awal setiap pagi. Jam 4 pagi dah bangun. Takkan nak bangun mengemas rumah? Nanti yang lain nak tidur terganggu pula so saya buatlah apa-apa yang sesuai dengan waktu tu. Tapi kadang-kadang saya cuma berbaring tengok anak-anak tidur.

Hari ni, masuk ofis je dah plan nak buat apa. Saya dah biasa tulis apa yang saya nak buat untuk satu hari dalam buku nota. Sebagai rujukan di masa depan. Masuk pantry makan kuih dua biji, minum air masak sebab lupa bawa kopi pracampuran kegemaran tapi air masak pun ok la kan? Tengahari pula ada member ofis buat jamuan makan so tak payahlah keluar membeli makanan.

Sebelum tengahari dah siap kertas kerja perancangan tahunan yang sudah dua tiga hari saya usahakan. Sudah bagi kat bos untuk disemak dan penambahbaik. Sudah update page perpustakaan (saya salah sorang admin page fb library), sudah emelkan surat-surat yang perlu...lepas tu saya jadi blank..Bila blank, saya tak tau nak buat apa. Daripada duduk di tempat saya, saya duduk di kaunter, ada juga faedahnya tapi hari ni bukan hari meminjam/memulang buku kot. Takde student berurusan. Just tengok diorang keluar masuk library dengan pelbagai ragam.

Macam ni kot rasanya bila bosan. Dah lama tak rasa bosan, selalunya saya orang yang paling seronok buat kerja: saya pernah kata kat teman baik saya, kerja tu terapi buat saya, dia gelakkan saya. Dia kata saya songsang, takde orang anggap kerja sebagai terapi. Betul ke? Bagi saya ya..sebab bila saya buat kerja yang saya suka, saya curahkan sepenuh tumpuan dan perhatian pada kerja tu. Saya nak hasil kerja saya tu tiptop.

So, hari ni saya bosan. Cepatlah balik. Bila bosan, jarum jam tu macam tak bergerak pulak, dok statik kat situ je. Cuba kalau banyak kerja, macam tak cukup jam pula. Hmmm....



7 comments:

  1. Betul kniedaz bila kerja berlonggok , masa tu cepat sangat jam berputar.... macam tak cukup masa dibuatnya :)

    ReplyDelete
  2. jom jalan-jalan 'library' kawan2 pulak..sure hilang bosan..

    ReplyDelete
  3. sampai bosan takde kerja tu...hihihihih

    ReplyDelete
  4. betoilertu.. ceria2kan hidup.. .akak memang pantang kalau der orang kata boringnyer..
    sebab bila dia sebutjer cam gitu cam tak der seemangat..

    ReplyDelete
  5. alahaiiii gerammnya tgk 2 ekor meow tuu

    ReplyDelete
  6. Kau tak boleh ke menyulam ke, menjahit ke kalau takde kerja?

    Aku tengok ofis sebelah aku ni dulu, kakak tu sempat lagi sembat baju bila time lapang. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku menjahit time rehat je..ko gila jahit time kerja..bos aku sound satgi tak pasal2

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...