Salam,
Makin lama, makin malas. Susah kalau penyakit malas ni dah melekat. Kadang-kadang, satu-satu kerja tu memang kita nak siap dalam tempoh masa yang kita dah tetapkan tapi bila dah malas, boleh pulak kata "alah..nanti je buat. Date line lambat lagi, mesti boleh siap la".
Saya selalu jadi macam tu. Bila waktu free, tak mau pulun buat. Bila dah sibuk, terketaq-ketaq nak buat. Dah la buat kerja lembab, lengai, ada hati nak buat kerja last minute. (Tetiba teringat, ada orang tu selalu kata saya lengai..)
Eh, sebenarnya tetiba nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu. Korang pernah kena sebat dengan paip getah tak? atau tali pinggang? Hahaha....saya teringat dulu kecik-kecik kena ngan tali pinggang sebab mandi air hujan dengan adik. Selamba je mandi depan rumah, pakai seluar katok. Hahahaha...kenangan betul. Arwah abah jenis tak banyak cakap, tapi sekali dia jegil, tak berani bersuara kami empat beradik. Dengan getah paip pun pernah sebab mandi lama sangat dalam bilik air.
Skang ni, anak-anak pun suka mandi lama-lama. Riuh rendah dalam bilik air tapi saya jenis mulut bunyi dulu. Biasalah, orang perempuan. Berleter tahap gaban sampai dah nak putus suara, baru tangan jalan. Dulu, tangan memang laju berjalan tapi semakin meningkat usia tangan dah jarang guna cuma guna suara.
Sukar mendidik anak-anak kalau kita tidak berubah. Kalau nak anak-anak jadi rajin solat, kita kena rajin solat, kalau kita nak anak-anak rajin mengaji, kita pun kena rajin mengaji, kalau nak anak-anak hormat orang tua, kita pun kena hormat orang tua; begitulah caranya. They learn by copying us. Teringat juga kata-kata seorang teman, bila anak-anak buat perangai, cuba tengok diri sendiri, mesti ada perangai tu kat kita so jangan nak hairan sangat kenapa anak-anak jadi begitu. Perbetul diri kita dan dalam masa yang sama didik anak menjadi apa yang kita inginkan.
Jangan kau tak siapkan tempahan aku sudah la. Hahaha.
ReplyDeleteKau main hujan pakai suar katok aje? Err.. umur kau berapa masa tu?
ooooohhhhh nooooo...
ReplyDeletetakmo bayangkan lah u mandi hujan pakai suar katok tu hehehehehe...
tapi tu lahhhh antara aktiviti yg terbest kan sis...
betul ckp u.... our kids ikut footsteps sapa kalo bukan the parents...
so kita sendiri kena alert dgn pe'el kita...
erm.... betul tu..semuannya terpulang dari kita kan.. anak2 akan copy paste apa yg kita buat..so, memang kena perbaiki diri sndiri dulu.... Ya Allah! moga di permudahkan...
ReplyDeletekalau duduk Sweden, mmg soheh la mak bapak kita dulu2 kena tangkap! mendera kanak2 katanya! hahahaha
ReplyDelete