It's You!

Tuesday, June 4, 2013

Jakarta

Salam,

Tak habis-habis lagi ya...hehehe...layankan aja la ye...

Hari terakhir kami dimulakan dengan jalan-jalan keliling bandar Jakarta. Pak Herman cerita lagi, di Jakarta bila hari minggu ada beberapa jalan utama yang ditutup sehingga jam 12 tengahari, kalau tak silap dekat dengan Tugu Monas. Tujuannya ialah untuk membolehkan warga Jakarta beriadah, bersenam, berjoging di waktu pagi itu. Waktu kami keluar memang tak ada kereta di jalan-jalan tertentu. Bagus betul idea ini...

Mula-mula kami singgah sebentar di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara. Oleh kerana kami hanya diberikan masa 10 minit sahaja untuk bergambar, tak sempatlah nak masuk ke dalam masjid yang boleh memuatkan hampir 120,000 orang ini.

Di seberang jalan pula, ada sebuah gereja besar untuk penganut kristian. Waktu kami sampai, mereka ada upacara keagamaan seperti biasa tiap-tiap pagi Ahad. Yang menariknya, Pak Herman cerita lagi, jika penganut kristian tidak cukup parkir, mereka akan menumpang parkir di parkir Masjid Istiqlal. 

Kawasan kuliner ini terletak di tepi Masjid IStiqlal, menjual makanan, minuman dan pelbagai barangan berunsur keagamaan seperti CD, buku-buku agama dan lain-lain.

Selepas singgah di Masjid Istiqlal, kami dibawa membeli-belah lagi di Tanah Abang. Sangat luas gedungnya sehingga pihak berwajib membina Blok B pula untuk pedagang-pedagang mereka. Bermacam benda dijual tetapi yang kami tuju ialah bahagian textiles dan pakaian siap. Pak Herman kata di sini kalau nak membeli borong lebih bagus malahan ramai pedagang di Bandung membeli barang di sini untuk dijual di Bandung. Saya dan Mr Hubby hanya membeli blouse dan bahan kraftangan saya. Itupun secara tak sengaja terjumpa kedai tu. 

Bagi saya, saya lebih suka membeli belah di Bandung. Di Tanah Abang, kawasannya memang luas dan banyak penjual dan boleh pening kepala tengok pelbagai barang. Satu lantai menjual benda yang sama, contoh baju kanak-kanak. Satu lantai saya rasa ada beratus kedai kecil yang menjual barangan yang sama. Kira rezekilah kalau pengunjung tertumpu ke satu kedai je. Tapi kalau nak beli kain sulam memang berbaloi datang ke sini, lebih-lebih lagi yang nak berkahwin...aduh..banyak betul pilihan.

Ni kedai-kedai di luar Gedung Tanah Abang. Pak Herman cerita lagi, para jemaah haji Indonesia kadang-kadang tidak membeli ole-ole jika mengerjakan haji kerana di sini semua jenis ole-ole dari Mekah boleh dibeli dengan mudah. Yang bezanya, ole-ole ini tak naik kapal terbang saja. Memang betul...saya dan Mr Hubby sempat meninjau sedikit kedai-kedai menjual ole-ole haji ini, memang sebijik macam yang mak haji dan pak haji bawa balik dari Mekah.




Tugu Monas. Tak singgah pun sebab orang sangat ramai. Lepas tu ada yang buat demonstrasi pulak tu so kami ambil gambar dari dalam bas saja.

Jakarta dengan bangunan-banguna pencakar langitnya dan gedung-gedung yang besar.

Kami bertolak ke airport jam 3 petang dan naik flight tertunda jam 7 petang lebih kurang. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Banyak juga idea-idea yang boleh dikongsi dari negara jiran kita ini. Bak kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ^_^




5 comments:

  1. Overall, mana lagi maju? KL atau jakarta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL lagi maju dan tersusun saya rasa...Jakarta terlampau sesak...saya rasa provensi Banten nampak lebih teratur mungkin sebab dia bandar baru..

      Delete
  2. lepas pergi indon..pandangan pada mereka pun berubah sedikit bukan? :P

    kueh

    ReplyDelete
  3. salam. ..bila tak tau nak pi Jakarta, Medan dah sampai.

    ReplyDelete
  4. wah! best juga tgk bandaraya Jakarta ni.. nampak bangunan mencakara langit..tapi mahal sikit kot brg2 kt sini kan? sy prefer Bandung juga..:)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...