It's You!

Wednesday, February 6, 2013

Ubat Gegat Dalam Kereta

Salam,

Alkisah, Mr Hubby merungut kat saya sebab dalam kereta dia ada lipas kecik-kecik tu. (bukan kodok ya...naya kalau ada binatang geli-geliman dalam kereta takut jadi macam cikgu yang maut sebab muncul kodok dalam kereta). Macam mana tak ada lipas, anak-anak dia makan macam-macam dalam kereta so serdak-serdak makanan tu yang buat lipas mai kot.

Satu hari tu Mr Hubby kata, member dia cadangkan buh ubat gegat dalam kereta. Member dia buat, lipas pun takde. Saya macam....ye ke? Mr Hubby kata, kita cubalah dulu, kot kot berkesan. Lepas tu dia pi borong ubat gegat punyalah banyak. Saya tak tau berapa tan dia bubuh dalam kereta.



Saya lama tak naik kereta dia sebab saya naik "mini cooper" saya tu. Sekali hari tu naik, perghhh! Bau ubat gegat punyalah kuat. Saya cakap kat Mr Hubby, macam ni bukan lipas je mati, kita pun boleh mati sesak nafas ni. Mr Hubby sengih-sengih je. Aiyooo...

Sebelum balik kampung Khamis ni, saya nak suruh dia buat "Nano Mist" dalam kereta. Bagi hilang segala bau ubat gegat tu..kalau tak jenuh la bau ubat gegat sepanjang jalan dari Penang ke Johor. Mau ada yang mabuk pulak nanti. Kami buat "nano mist" tu kat  CARs International. Lepas buat "Nano Mist" mesti rasa segar je kereta kita..hehehe...

Hari tu gi cuci luar jek


Ada petua atau cara tak nak hilangkan lipas dalam kereta. Memang tak nampak dia jalan-jalan tapi kekadang tu dia lalu lalang plak. Huhhuhu

18 comments:

  1. DALAM KETA BUI PULAK BYK SEMUT..ANAK2 BILA MAKAN DLM KERETA,LEBIHAN MAKANAN BERSEPAH SBB TU SEMUT DTG..BUI SLL SPRAY GUNA RIDSECT JER..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali nak spray je la..tak la bau ubat gegat

      Delete
  2. Hihihih...dripada nak hilangkan lepas..mslh bau gegat pulak yer..rajin2 vacuum takderlah sgt kot lipas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummu...masalahnya...tak rajin nak vacuum..tu yg lipas beranak pinak kot

      Delete
  3. tak memasal korang sekeluarga keluor kete bau ubat gegat, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu KOG..keluar kereta mesti cium ketiak..hahaha...

      Delete
  4. ehm kalau kete ada bebudak gituler .. minum susupun tumpah.. tak tauler kekdah menghalaunyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan...lagi ditegur, lagi banyak tumpah..biar je la...

      Delete
  5. ada gak lipas kecik kecik cmtu dlm kete, kadang2 jemur tengah panas je kete..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemur tengah panas bukak pintu semua la kan? nanti dia kua sendiri..gitu ek? hehehe

      Delete
  6. Pelik juga kenapa lipas tu suka duduk dalam kereta, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kakcik...mana dia datang pun tak tau..camna dia tau dalam kereta ada makanan?

      Delete
  7. Jemur kereta tengah tengah panas, bukak tingkap sikit biar ada laluan lipas nak keluar...sebab kalau lipas tu mati dlm kereta, lagi busuk baunya nanti!

    Pendapat saya, tak elok letak ubat gegat tu..sebab fume dia kuat...kita hidu...Satu lagi, bahaya kalau ada orang yang ada G6PD naik kereta suami awak, sebab org yg carry gene G6PD ni tak boleh terdedah even pada bau ubat gegat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..macam itu ya Doc...ok..sekarang kami akan buang semua ubat gegat dan hilangkan bau dulu..lepas ni guna cara jemur kereta pulak..skang ni musim panas...so takdehal nak buat...thanks for the info..nanti buat entry pasal G6PD ya... ^_^

      Delete
  8. letak perangkap gam lipas tak boleh ke?

    ReplyDelete
  9. ida..suami kak rajin letak perfume percuma dalam kereta iaitu daun pandan...
    bawah kerusi, bonet reta semua ada...

    ReplyDelete
  10. boleh tahan bau ubat gegat tu kan? ank2 saya pun suka mkn dlm kereta. tp husben jrg bg kalau perjalanan jauh. tkt muntah dah jadik hal lain pulak.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...