It's You!

Friday, April 30, 2010

You Belong With Me

Salam,

This is another song that i loved.
Sebenarnya suka lagu2 yang video clipnya dalam bentuk cerita, macam ni.
Sweet sangat tengok dua orang pelajar yang duduk berjiran
Seorang jenis 'nerd' yang sorang famous giler sebab pemain bola kat sekolah
Mestilah si hero dah ada aweks yang cun
Tapi last2 dia couple ngan si "nerd" ni
Dan tentulah 'nerd' ni akan bertukar macam cinderella
Apa2 pun memang best
Layan jelah!

Sapa kata simpan syiling takleh kayo?

Salam,

Menabung tu amalan yang baik kan? Bak kata orang tua-tua, 'Sikit-sikit Lama-lama jadi bukit". Tak rugipun kalau kita menabung. Kalau sehari 50 sen try la kali ngan sebulan = 30 hari (purata) pastu kali ngan 6 bulan. Agak2nya berapa korang dapat? Kiralah sendiri...saja nk dera korang.

Selalu bila Danish balik umah, mesti aku @ hubby tanya berapa duit baki belanja beli makan kat kantin. Bukan apa, saja nak galakkan dia menabung. Tak kiralah berapa sen dia bawak balik hari tu, mesti tanya hatta sepuluh sen pun. Hasilnya, tabung dia sangatlah berat sejak bulan January yang lepas. Danial pulak taklah seberat itu sebab dia g sekolah tadika tak bawak duit, hehehe.

Bila dapat duit dari tok, atau hadiah besday yang berupa duit, mesti suruh diorang menabung. Bukan apa sebenarnya kami ajar diorang menabung untuk diri mereka juga. Hubby pun rajin menabung. Taklah berkepuk menabung duit kertas, duit syiling je tapi kalau hari2 buh tentulah meriah hasilnya. Aku pun adalah menabung secara kecil-kecilan kat ofis. Boleh gak wat beli sepaket dua serbuk teh manjakani & kacip fatimah HPA @ kopi Radix hahaha..

Korang percaya tak wet tabungan boleh guna untuk bayar macam2? Tak percaya? Percayalah...

..
..
..
......
..
..
..
....
..
..
......
..
..
..
..
..
Danish & Danial tak menang tangan menyusun syiling

Hubby dibantu oleh dua pembantunya sibuk mengira


Percaya tak kalau aku bagitau jumlah syiling dari tabung botol susu giant kepunyaan hubby dan dua tabung unta milik Danish & Danial ialah RM800 ++. Bagus syabas my heroes! Lepas ni kita isi lagi. ^_^

Note : Sabar dan konsisten pasti berjaya!

Mata Bulat Demam Lagik La

Salam pagi Jumaat,

Hari ni aku bercuti sebab Danial demam lagi. Bulan ni banyak kali gak dia demam. Kali ni demam mungkin sebab dah 2 hari diorang berlatih untuk Hari Sukan Graduan Kecil pada 16hb Mei nanti. Dah dua hari berpanas di padang. So pagi ni dok di rumah bertemankan si mata bulat.



Ni malam tadi punya gambar..alololo...



Yang ni pagi ni...badan panas tapi terlebih aktif pulak huhu

Hari Isnin Doktor Lee suruh bawak dia g pakar nak check mata dia. Kan aritu aku kata dia ni sensitif sket so kena check sebab apa mata dia merah tak baik lagi. Mungkin kami g bawak dia g KPJ Perda. Tapi sementara tu apa lagi nak kuarantin dia, suruh dia baring n rest je.

Thursday, April 29, 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Salam,

Terbaca tulisan ini dalam emel aku. Rasanya elok jugak dikongsikan bersama...benda baik takpekan kita kongsi?

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Ehsan google

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua?" jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf , "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".


Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya."


Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya.

Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah keretanya yang kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa
kesedihan
dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Home Sweet Home

Salam,

Oklah..harini upload beberapa keping gambar rumahku yang telah siap direnovate. Actually takmo lagi upload, nak tunggu minggu ni balik tangkap yang lagi clear tapi adik kat Keramat tu n member2 ofis ni nak sangat tengok..hehe..so upload jela. Nanti aku tangkap yang dah siap buh perabot plak.

My mini greenery


Tangga bilik atas...curam sket

Bilik atas, my to be bedroom...

Different angle

Belakang tv tu ruang makan, tapi perabot xde lagi la..kabinet tv tu pun yg lama lagi

Ruang tamu, abaikan kotak2 tu..time amik ni tak abis kemas lagi

Dapur...

Bilik tengah (bilik solat) xkemas lagi ni

Bilik solat ni sekali ngan bilik bacaan & baju


Ruang solat.




Global Warming




Salam,









Dah malam baru nak belek surat khabar. Berita yang menarik hatiku selain terbaca pasal adik Aminulrasyid yang mati ditembak polis tu ialah berita tentang suhu di Malaysia semakin meningkat.

Bayangkanlah cuaca panas yang melanda Malaysia beberapa bulan yang lepas. Waktu tu, baru lepas mandi pun dah berpeluh bagai nak rak (macamana agaknya diorangyangberada di negara yang semulajadi panas ek?). Sekarang ni kat Penang ni dah start hujan. Cuaca pun taklah seterik sebelum ni. ulalah merungut kain di ampaian tak cukup kering. Ish..ish..manusia tak mau bersyukur! Dah bagi sejuk nak panas pulak. Huhuu..

Mengikut berita dalam Kosmo! ni, suhu di Malaysia telah meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun yang lepas. Lepas tu dia kata lagi, paras laut pun dah meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun. Perubahan ini bolehmenyebabkan corak taburan hujan berubah dan menyebabkan banjir berlaku dengan lebih kerap.

Semua ni ada berkaitan dengan pemanasan global. Apa itu pemanasan global? Kalau ikut apa yang aku baca pemanasan global @ global warming bermaksud peningkatan secara purata suhu udara di permukaan bumi. Ia menjadi krisis apabila peningkatan berlaku secara drastik dan tidak normal.




Penyebabnya? Mestilah manusia...yang paling ketara ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia dan barang2 yang telah kita cipta untuk memudahkan hidup kita. Contohnya pembebasan Karbon Dioksida dan gas2 lain ke udara. Biasanya gas2 ini akan dilepaskan oleh bumi ke angkasalepas tetapi bila dah banyak sangat gas2 ini akan terapung di udara dan menyebabkan pula kesan rumah hijau. Tu yang menjadikan bumi semakin panas.

Cara nak mengurangkan global warming, kita kenalah cari sumber tenaga yang tidak mencemarkan bumi kita a.k.a tenaga yang boleh dikitarsemula. Aku suka tengok umah yang ada penjana tenaga solar tu tapi mesti mahal harganya. Agaknya tak banyak permintaan tu yang harganya melambung naik...



Satu lagi cara yang lagi senang nak buat ialah menanam pokok di sekitar tempat tinggal. Aku suka tengok pokok2 besar di kiri kanan jalanraya. Bukan saja membuatkan jalan menjadi redup, malahan mata pun jadi sedap memandang.

So, sama-samalah kita menjaga bumi kita. Kalau tak bolah nak buat yang susah2, kita tanam jela pokok2 di kawasan rumah kita. Kalau jenis umah takde tanah, bolehlah tanam dalam pasu. Tak dapat banyak, dapat sikit pun kira ok...


Akibat pemanasan globalkah ini?


Note : Ok..n3 seperti ini akan aku buat dengan tag PRIHATIN. Tak kisahlah tentang apa tetapi yang penting dapat membantu menanam kesedaran dalam diri kita. Selamat menanam pokok!

Wednesday, April 28, 2010

Fireflies

Salam,


Fireflies...lovely (google thanks!)


The singer...


Sejak beberapa hari ni sangat suka lagu ni
First time dengar lagu ni dalam blog Sue~SJB,
"Hey Sue! Love this song a lot..xoxoxo ^_^"
Kadang2 saja dok kat blog dia lama2 sebab nak dengar lagu ni
So, nak share ngan korang..
Layan!



You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
Cause they fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude, but I
Would just stand and stare.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.

Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightening bugs
As they tried to teach me how to dance.
A foxtrot above my head,
A sock-hop beneath my bed,
The disco ball is just hanging by a thread.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.
(When I fall asleep.)

Leave my door open just a crack.
(Please take me away from here.)
Cause I feel like such an insomniac.
(Please take me away from here.)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here.)
When I'm far too tired to fall asleep
To ten million fireflies.
I'm weird, cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell.
But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
Cause I saved a few,
And I keep them in a jar.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.
(When I fall asleep.)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams




Histeria!!!


Salam,

Petang yang dingin
Aku start keje petang arini sampai kul 10malam
Budak2 tengah exam So keadaan sangat sunyi sekarang
Tapi yang tak bestnya
Dah 5 orang kena histeria dari tadi
Tension kot takleh jawab soklan
Atau???
Hish..tu yang buat aku rasa tak best je ni

Note : Japg kalau nak g toilet harus suruh member teman.

Tuesday, April 27, 2010

Di"Tag" lagik

Salam,

Nak jawab tag dari Ezy. Arini rajin pulak menjawab tag. Anyway, korang laya je la ye..

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


Ini Muhammad Thaqif Muizz, anak adik aku yang dok kat Keramat tu. Gambar ni diambil ketika kami semua balik kampung di Johor. Dulu dia sangatlah semangat. Lepas tu satu yang buat semua orang pening kepala, masa dia kecik, dia suka menangis. Punyalah menangis sampai kami suma naik tension, hehe. Skang dia dah besar sket so taklah menangis cam dulu. Dia adalah anak yang ke2 daripada 2 orang adik beradik. Abang dia si Rifqi Muizz punyalah susah nak kat orang. Kami gelar dia "magnet" sebab kalau jumpa kami dia akan melekat kat abah atau mak dia je. Bila dah dok lama baru dia nak kat orang. Okla setakat tu je ek citer. Melebih pulak..haha

Nak tag sapa pulok ek?
Maksu
Zue
Mrs. K
Tukangkata
Hans
Cath J
Jaja'z
Shehbellamy


Note : Buat jangan tak buat. Sheh ble la wat lepas jawab exam..hehehe

When deaths are the main subject




When the call was answered, she managed to say "I'm at 1 Garrison Avenue in Newport. I can't get in. I can see someone lying on the floor. I think it's Nuala." I'm babbling, she told herself. Stop it. but as the calm, unhurried questions came from the dispatcher, with absolute certainty Maggie's mind was shouting three words: Nuala is dead.

Maggie Holloway : a photographer came to Newport to meet her stepmother after 22 years old
Nuala : a 75 years old widower who got something in her mind but too late to tell her stepdaughter
The Case : Maggie was curious about Nuala's murder that she is doing her own investigating.

She thought about Neil as she continued getting ready. Over these past months she had found herself more and more looking forward to his calls and too disappointed when they didn't come.

Neil : A managing director of an investment corporation. Felt something about Maggie but afraid of commitments but trying his best to win Maggie.

"Neil, help me, help me," she whispered. "I need you. I love you. I don't want to die."

Will Neil and the police finds Maggie before it's too late? Who were the real culprits? You'll get the answers in
Moonlight Becomes You
by
Mary Higgins Clark
published on 1996 of Simon & Schuster

Award Cumel Untuk Kamooo


Salam,

Dah tengari upanya. Hujan pulak tu kat sini. Rasa macam nak tido pulak tapi aku ni jenis takleh tido tengahari. Rasanya kalau tido sah-sah aku jadi makin lemau.


Saja nak ucap thank you kat
jaja'z sebab bagi award yang cumel ni. Best betol bila dapat award. Kalau nak tunggu dapat award macam artis tu, tak terhingin la..tapi kalau dapat award sebab jadi "pekerja cemerlang" tu best jugak hehe.

Ok lah, nak bagi award ni kat member lain pulak. Baru best! So, aku nak bgi kat


Sue ~ SJB
Riena
Ratna
Dini


To Jaja'z
SAAAAAYYYYYANGGGGGG JaJa'Z

Been Busy

Salam,

Pagi semua...
Start keje semula lepas 7 hari tak masuk office
Banyak keje
so, settlekan keje dulu ye...


Keadaan busy macam ni kah di tempat korang?



Suka gambar2 'road to nowhere' macam ni, terfikir apa yang menanti kita di hadapan sana?

Saturday, April 24, 2010

Weekend

Salam,



Pastikan segala bahan & peralatan cukup untuk membersih umah ye!



Balik penaga lagi
sambung kemas umah
hari ni mungkin ble tangkap gambar banyak2
hehe
dah g Cavenci aritu
cari sofa, meja makan dan meja tv
cari jugak divider untuk ruang tamu
arini tukang cat mai untuk touch-up mana2 yang tak elok

selamat berhujung minggu!

Friday, April 23, 2010

Berdengkur

Ihsan google


Salam,

Ni ada satu kisah. Banyak berlaku kepada kita. Sekarang berlaku kepada aku. Malu gak nak citer tapi dah kenyataan.

Korang berdengkur tak? Sejak ada anak ni, hubby selalu kata aku tidur berdengkur tapi kata dulang paku serpih, dia pun berdengkur juga. Orang kata banyak faktor yang menyebabkan dengkur. Kalau hubby, aku rasa faktornya ialah berat badan. Mana taknya comel je aku tengok dia ngan perut bulat dia...(sorry pa)

Aku rasa, aku taklah gemuk. Aku ni kira sederhana je orangnya. Aku rasa sebab aku berdengkur ialah laluan hidung aku tersekat sebab aku suka selesema dan ada resdung.

Tetiba nak wat n3 pasal berdengkur sebab hubby dok gelakkan aku. Dia kata nak tidur hotel ngan kawan tu tak malu ke, awak tu berdengkur. Aku terus terfikir, alamak...malunye. Pastu siap bagitau awal2 kat Riena yang aku tidur berdengkur. Riena kata, ala tak kisah sebab riena pun berdengkur jugak. On d way balik, aku tertidur dalam keta, pastu Rizal tanya Riena, bunyi apa tu? Riena kata aku berdengkur. Pastu Rizal kata, ala biasalah tu, bini dia kat umah pun tidur berdengkur. So, maknanya bukan aku soranglah berdengkur. Ramai lagi yang mengalaminya. Pasangan kenalah tahan. Nak buat macamana? Orang kata, turunkan berat badan dan kalau macam aku ni, kenalah cari cara nak hilangkan atau kurangkan resdung. Tapi petua orang tua yang mak aku bagi lagi best, malam2 amik senduk pastu konon2 kita cedok dengkur tu dari orang yang berdengkur sambil baca selawat. Tak penahlah aku buat. Takdenya aku nak bangun malam2 g dapur amik senduk nak senduk dengkur hubby...silap2 terketuk kepala pulak..hehe...

Sudah balik!

Salam Jumaat,

Rindunya nak berblog..ahaha...
Korang suma sihat ke?Aku sihat walaupun letih perjalanan tak habis lagi
Ditambah dengan kerja rumah yang belambak(Baru tinggal 3 hari umah dah serabut...haiyooooo!)
Selesai kemas umahnampak bersih dan sedap mataku memandangsepanjang di Terengganu, sibuk dengan bengkel dan kertas kerja
pastu dengar pulak ucaptama Presiden CUEPACS, Hj Omar Hj Osman
banyak info dapat
jumpa ramai otai UiTM

^_^


Sepanjang jalan nak ke UiTM Terengganu..sayang pantainya tak boleh dibuat mandi


Bengkel yang aku sertai

Bilik aku yang dikongsi ngan Riena & Pn Azmah

My breakfast...makan sambil tengok matahari naik..keh keh

Nampak replika ni kat Marang...humang aiii besau!

Note : Dah dua kali g UiTM Terengganu... tempat cantik tapi geram sebab makan punyalah mahal walaupun tak sedap. Dengar je slanga lain dari orang tempatan, dia sembelih gila2. Huhu

Wednesday, April 21, 2010

Tag


Salam,

Nak jawab tag dari Sue (SJB)
Thanks for tagging me ya.. ^_^


special frendz tag from k


i) Siapakah kawan baik anda?.
Nama dia Sarida Abd Aziz.
My best friend di Politeknik Ungku Omar
Skang dia dok kat Bangi & keje di Leighton Kuala Lumpur

ii) Berikan 3 kenangan paling manis dan 3 kenangan paling pahit dalam
persahabatan korang.

*Kenangan Manis:
- Banyak. Tapi yang paling ingat Dd lah yang teman aku & hubby g dating masa first time
dulu. Hahaha

*Kenangan Pahit:
- Bila terpisah kejap
- Bila dapat tahu dia pun miscarriage tahun ni (lepas aku miss, dia pun sama)

iii) Kalau anda hanya di beri masa 1 minit bersama sahabat anda apakah yang anda
inginkan katakan padanya.

*Miss u babeh!

v) Lastly tag kepada 3 orang yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam
blogger.

* SEMUA BLOGGER YANG RASANYA MAMPU JADI SAHABAT AKU SILALAH WAT
TAG NI, DAH BUAT, SILALAH TINGGAL JEJAK DI N3 INI. U R ALL MY FRIEND!

Tuesday, April 20, 2010

Bekalan masa hadapan


Kemeja-kemeja yang telah digosok


Ni stok baju untuk sampai hari Khamis..

Salam,

Ini adalah n3 autopublish

Sebelum pergi meninggalkan hero-hero di rumah, kenalah siapkan apa yang patut
Yang paling penting baju-baju sekolah dan kemeja hubby
Macam-macam kena pesan takut berterabur semua benda di rumah

Mama pesan kat Danish, jangan lupa basuh kasut sekolah, mama takde sapa nak tolong basuh kasut? So, kenalah basuh sendiri


Mama pesan kat abah, mama dah iron semua baju, tapi untuk hari Jumaat punya mama tak iron lagi sebab rasanya sempat la mama balik


Mama pesan kat Danial, mama nak pegi keje jauh, Adik rindu kat mama tak? Rindulah! (Danial jawab) so peluk dia banyak kali tadi sebelum pegi T_T

Jalan Jauh

Salam,

Hari ni bertolak ke Terengganu

Mulalah rasa senak perut dan berbagai lagi rasa

Paling tak suka kalau nak berjalan jauh memanglah macam ni

Anyway,

Hopefully sampai dengan selamatnya

Tak dapatlah nak berblog 3 hari

Huhu

Monday, April 19, 2010

Budaya Perdana UiTM

Salam,

Sedikit info yg aku dapat pagi tadi tentang "Budaya PERDANA UiTM"

ni cuma beberapa ayat yang aku rasa best untuk dikongsi

"Lakukan kerja dengan rendah hati bukan dengan Rendah Diri"
Apapun jawatan yang kita pegang, jangan rasa diri kita ni tidak berguna untuk organisasi. Kita penting!

"Jika tugas dianggap beban, maka ia akan menjadi berat"
Buat kerja dengan ikhlas, nescaya semua benda jadi senang

"If you feel you are special, BE SPECIAL"
Hargai diri sendiri barulah orang lain akan menghargai kewujudan kita di organisasi.

~petikan kata2 Dr Hajah Zahrah Mokhtar, Pendaftar, UiTM ~

Addicted

Salam,

Rehat untuk lunch sebelum sesi 2 berlangsung kul 2.15petang ni. Bila perut kenyang, matapun mulalah mengantuk tapi sebab tak berblogwalking lagi, so masa rehat ni aku nak blogwalking blog kamu, kamu , kamu, kamu, kamu etc....

Are you addicted to blog?

I am...

Tak caya?

ni buktinya
























67%How Addicted to Blogging Are You?

Created by OnePlusYou - Free Dating Sites



Amik dari blog Cik Lumut...

^_^

Isnin

Salam,


Syoknya pagi2 dok kat tepi cliff macam ni tgk laut

Selamat pagi Isnin kawan-kawan!
Pagi ni (actually sepanjang hari ni), semua staf ada "Program Bersama Pendaftar UiTM"
Dahlah hari Isnin
Lemau
Kena pulak dengar ceramah sepanjang hari
Mesti mengantuk tahap gaban
Badan pun sakit2 sebab mengemas umah dua hari
tu pun tak siap lagi
sambung pulak minggu depan
sebab esok dah kena g UiTM Terengganu
ada bengkel/kursus sampai hari Khamis
alololo..mesti pening perjalanan hampir 12 jam
adoila..

Saturday, April 17, 2010

My Weekend

Salam,

Yang ni entri auto publish.

Ketika korang membaca entri ini (macamlah ada orang sangat yang nak baca entri aku..huhu..ada ada..adalah dua tiga hehe), aku telah bertolak pulang ke Penaga. Taklah jauh sangat, 20 minit je dari umah MIL.

Rumah kami dah siap renovate.
Kami nak cuci umah arini
banyak benda nak kena cuci dan bersihkan

mesti penat giler
tapi mesti seronok giler juga
maklumlah...
lama dah tunggu
sejak bulan Februari lagi

nanti aku amik gambar
tunjuk kat korang
hehehe

Friday, April 16, 2010

Favourite

Salam,

Ni entri orang lapar. Kita sembang bab makanan pulak

Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung di Daerah Batu Pahat di Johor. Semestinya aku orang Jawa. (aku masih boleh bertutur bahasa Jawa walaupun telah lama duduk di Penang. Biasanya bersembang ngan mak di dalam telefon aku pun speaking la..eh eh..lari topik pulak)



Dulu waktu aku kecik2, aku selalu ikut mak aku dan makcik2ku pergi mengutip "jamur". Orang melayu sebut kulat sisir kot. Mengutip "jamur" mestilah di kawasan pokok2 getah yang telah ditebang. Paling best kutip "jamur" waktu selepas hujan. Berplastik2 kami dapat.

"Jamur" sangatlah sedap dimasak lemak cili padi. Mak aku suka wat masak lemak ni dengan santannya pekat-pekat dan cili padinya banyak2 sebab anak2 dia semua hantu cili padi especially aku (ratu cili padi).



Okeh..citer pasal cili padi pulak. Orang jawa panggil "lombok" kalau cili padi jadi "lombok rawit" (ni bukan nama tempat kat Indonesia yang selalu budak bawah umur tu lari k...tapi mungkin nama "Lombok" tu diambil daripada nama cili padi..hehe). Mak aku kata sejak aku kecik memang aku makan cili padi macam tu je. kira selamba badak je aku tokak cili padi a.k.a cabai melaka (tidaklah aku tahu kenapa ia dipanggil cabai melaka di utara. Adakah orang yang memperkenalkan cili padi itu dahulunya berasal dari melaka? arghhh..merepek lagi pulak..i'm sorryyy)

Kalau tak ada lauk, aku suka makan nasi putih ngan telur goreng buh kicap dan ulamnya cili padi. Fuhh..sedap tak terkata. Kalau nak best goreng bawang besar, ikan bilis n cili padi pastu buh kicap...yum yum..lauk paling best di dunia... (bagi aku lah)

Pendek kata, semua benda kalau boleh aku nak buh cili padi. Sampai sekarang, kat umah mesti ada stok cili padi, kalau tak hambarlah hidup aku. Paling aku ingat mak masak "sambal cili padi cepokak". Korang tau tak apa tu "cepokak"?



Cepokak a.k.a terung pipit memang my favourite. Tapi kat penang ni jarang pulak aku jumpa kat pasar. Kadang2 mak masak sambal cepokak tu buh santan sikit. Alamak sedap sungguh! Terbayang-bayang masakan mak yang sedap tu. Alamak, sah lepas ni aku kena cari gak salah satu daripada tiga makanan di atas.

Note : Semua gambar google jek.

Spageti

Salam,

Sekarang ni aku sedang berblogwalking kerana student tak ramai di dalam library. Suasana pun senyap sunyi je (maklumlah library) so dengan bestnya aku berblog dan mencari2 idea sambil ushar2 buku yang nak dibaca (silalah jeles kepada saya jika anda pun ulat buku seperti saya ^_^)

Tengahari tadi (ekceli kul 10 lebih) aku telah terasa lapar kembali (pagi makan dua keping roti bakar sapu marjerin + cheese). Tengok dalam almari ada spageti (aku suka beli spageti dan adik-beradik spageti sbg stok. Larat nak makan megi? Dulu hantu megi tapi skang hantu spageti)

Dalam peti ais pulak adalah sawi cina ngan cili padi. So lapar dan malas punya pasal, aku wat Spageti Hot Hot Hot pasl aku buh cili padi punya banyak (aku hantu cili padi). Ni sure orang len tak ble makan sebab sangat pedas, hahaha...Takpelah..janji aku kenyang.



Habis aku kerjakan sorang-sorang, maklumlah kat umah takde orang hehehe


Petang ni ujan pulak. Dah rasa lapar balik. Tunggu 6.30 petang baru leh rehat. Sekian, berita melaporkan.

Thank you for the cute award...I dedicated this award to ...

Salam,

Terima award dari tukangkata
ada syarat2 sebenarnya tapi ia macam tag je
thanks a lot & hopefully we will be in touch always
eventho only thru blogging ^_^




Sekarang kita tengok syarat-syarat nak dapat bear comel seperti di atas.
Syarat-syaratnya:

~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
-Pidah
-Ida
-Kida
-Kniedaz
-Mama

2- FIVE important dates in your life
- 20th March (my birthday)
- 16th September (hubby's birthday)
- 17th February (danish's birthday)
- 18th July (danial's birthday)
- 22nd December (our anniversary)

3- FIVE things that you done yesterday
- G keje naik moto
- Keje
- Blogging
- Singgah kedai beli Nasi Goreng Kerabu
- Baca novel Mary Higgins Clark

4- FIVE ways to be happy
- Mandi
- Kemas umah
- Dengar lagu
- Baca buku
- Kua ngan hubby & budak2

5- FIVE favourite movies
- The Lord of the Rings
- 2012
- Monster Inc.
- Taxi
- Transformers

6- FIVE favourite hobbies
- Reading
- Listening to Musics
- Blogging
- Reading
- Reading (hantu wooo ngan buku)

7- FIVE favourite people
- Families
- Friends
- Semua orang aku suka kecuali org yang aku tak suka..tapi nak dapat favourite tu susah..

8- FIVE favourite places for vacation
- Tempat yg scenery best
- Tempat yang aman
- Tempat yang kemudahan lengkap
- Tempat yang ada shopping complexes (pompuanlah katakan)
- Tempat orang (yela..nak vacation katanya mestilah tempat org..kalau kat depan umah tu bukan vacation namanya...senang kata, bawaklah aku ke mana saja yg mempunyai ciri2 di atas, aku sure suka...tak kisah sebenarnya janji bercuti heheh)

9- FIVE reasons you answers the survey
- sebab dah syarat
- sebab appreciate tukangkata
- sebab suka jawab tag
- sebab salah satu cara korang kenal aku
- sebab aku rajin

10- FIVE persons to tag
- Hemy
- aSHa
- Riena
- Lily
- Larra

Yang lain pun boleh jawab dan amik award ni. Bila dah jawab, barulah aku ble tahu 10 perkara tentang korang. Bertambahlah ilmu tentang kamu semua. Just have fun ok...

Ayat Kursi

Salam,

Sekadar renungan di pagi Jumaat yang indah ini. Hari ni aku start keje kol 2.30 petang sampai 10.00 malam. So pagi ni bersiaran dari dalam bilik tidur yg sejuk..ngee...Lepas siapkan budak2 ke sekolah, solat Subuh dan sarapan, aku kemas umah n sekarang masa untuk bercengkarama di dalam blogku ini.


Gambar ehsan En Google..alangkah damainya jika aku berada di sini



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Antara kelebihan Ayat Kursi

1. Bacalah ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

2. Amalkan membaca Ayat Kursi setiap hari sebanyak 18 kali,
dadanya dibuka dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya,
dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh
sehingga semua
orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. Baca sebanyak 50 kali kepada air hujan lalu diminum
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Note : Banyak kelebihannya walaupun tak sepanjang mana ayatnya. Aku amalkan setiap kali lepas solat fardu dan malam. Lepas ni boleh amalkan tiap2 waktu terluang. Takde susahnya pun cuma mau atau tak je. ^_^

Thursday, April 15, 2010

Aksi hangat di kolam renang?

Salam,

Ini N3 bergambar lagi

Tarikh : 20 Mac 2010
Lokasi : Hotel Hydro Penang
Sempena : My 32nd Birthday ^_^




Dalam feri


Seronok dapat mandi kolam


Tuan punya blog bersantai tepi kolam..ngee


Dapat kawan baru pulak kat kolam


Miami Bay..


Dinner kat Palms, Hydro Hotel Penang


Gaya model tepi kolam..adoila


Ni model sorang lagi

Punya kalut dengan budak2 ni, tak sempat mak & bapak budak bergambar. Mata kena awas ngan diorang ni. Hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...