It's You!

Tuesday, April 13, 2010

Al-Kautsar

Salam,

Sekadar renungan di pagi hari Selasa, sebelum start wat keje, ada sedikit info nak kongsi.



Surah Al-Kautsar, Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih
manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih
wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur
hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih
atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok
dileher, Insya-Allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya
sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan
khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak
bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Note : Suka baca surah ni waktu sembahyang Subuh, tak tau kenapa...

6 comments:

  1. thanks sharing...

    betapa besarnya fadilat kalau kita selalu amalkan...

    nak tak nak jer kan...

    ReplyDelete
  2. maksu selalu baca ni untuk kelapangan fikiran, terima kasih utk perkongsian

    ReplyDelete
  3. ain ~ tula..kalau rajin amalkan tak rugi pun dapat pahala lagi..

    ReplyDelete
  4. SJB ~ I bet you have your own way to avoid bad things ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...