Tengah mengah sebab kenyang makan nasi tengahari ni. Oleh sebab kawan-kawan makan saya bertugas shif petang hari ni, maka saya ke Foodcourt seorang diri saja. Kalau seorang memang sekejap je saya pergi...beli nasi dalam 2 minit..rasanya 5-6 minit dah sampai balik ke pantry. Hari ni menu saya ikan tongkol masak sambal, tempe pedas dan kentang goreng kunyit dengan fishball dan fishcake. Sorry hari ni tak ada sayur.
Cerita pasal makan, semalam saya dan hubby membawa dua anak bujang ke Bukit Jambul. Dah lama hubby saya berjanji dengan Danish dan Danial untuk menukar game diorang di dalam PSP tu. Mula-mula nak bawa si kembar tapi jam 11 pagi dua-dua dah tidur. Mana taknya, malam sebelum tu pukul 3 pagi baru diorang tidur..diorang tengok tv, tak mau tidur.
Sampai di Bukit Jambul, terus terjah kedai games. Sementara tunggu diorang memilih games apa untuk dibeli, saya k e kedai bersebelahan untuk mencari blouse buat mak. Dia ada cakap dia nak blouse baru untuk dipakai dengan seluar dan alang-alang dah keluar tu, saya carikan la sehelai blouse untuknya. Kat Bukit Jambul ni banyak sungguh kedai menjual blouse, baju kurung dan jubah, boleh juling mata melihatnya. Dah cakap ngan hubby nanti dah gaji nak ajak beli blouse untuk saya pulak hehe.
Balik dari Bukit Jambul singgah di Nasi Kandar Kayu, Sungai Nibong untuk makan tengahari merangkap petang. Dah pukul 3 petang dah baru nak makan nasi. Ramai betul orang beratur tapi biasala kalau mamak bubuh nasi laju je...
Tengah dok beratur nak ambil nasi ni.
Ambil lauk paling simple je..yang ni bukan saya punya..
Yang ni saya punya, nasi, ikan goreng, sayur kubis dan kuah campur..yum yum..sodap
Biasala saya kan..mesti tangkap gambar awan..tu yang tinggi nun jauh di sana tu Komtar ler tu
Suka gambar awan ni..perasan tak awan yang kaler oren tu...kenapa dia kaler oren tu ek? Padahal matahari ada di belakang kami...pembalikan cahaya ke..tapi memang awesome..
Lepas makan terus menuju jambatan untuk balik tapi saya minta hubby singgah ke AtuZ, gedung kraftangan di Seberang Jaya untuk membeli stok barang kraf saya. Dah lama tak singgah, mata ganjaran pun dah expired tapi nasib baik boleh redeem so dapatlah sekaki payung dan satu set rantai silver. Ramai betul orang membeli barangan hiasan untuk hantaran perkahwinan, bertunang dan lain-lain. Semua kaunter penuh dengan orang. Maklumlah..bulan Disember kan bulan orang berkahwin...
Balik rumah singgah Bagan beli CD cerita Tamil. Filem Tamil lakonan Vijay, hero kegemaran kami dahpun dijual, ada subtitle English lagi so wajiblah beli. Petang tu kami layan Thuppaki sebelum tengok Bola Sepak. Itu je la aktiviti kami hari minggu.
Thuppaki cerita tentang seorang perisik tentera yang membantu menyelesaikan kes pengebom berani mati di India. Very entertaining!
Nasi kandar kalau sekali2 makan ehm memang sedap sesangat rasanya...
ReplyDeletekitapun suka tengok tamil dari hindustan...
Cerita Tamil lebih seronok jalan ceritanya
Deletetamil movie lebih real ceritanya dari hindi movie, kan?
ReplyDeleteBetul tu Anim
Deletesalam
ReplyDeletesmlm saya tgk hero ni kat tv 2 . best cerita dia tp saya tertgk 1jam terakhir jek dusshhh sana dusshhh sini kekeke seronok layan .
Memang seronok layan Tamil hehehe
Deleteseronoknya weekend akak n family ye. jln2 cuci mata pun okay. abis tu kembar kena tinggal takpe ke kak?
ReplyDeletekembar tinggal dengan tok-tok diorang...diorang kalau tak nampak kami keluar, tak apa-apa pun...kalau nampak je yang tak boleh...hehe
Deleteni yg terasa nak gi penang nie...
ReplyDeletebila tengok pinggan nasi kandaq tu.....
tingin nak pekena....
hehe..mai la
Delete2 bulan lepas saya makan nasi kandar Kayu tu..yg dekat belakang hotel Vistana..hihihih
ReplyDeletesamala..kami makan kat situ la semalam..hehe
Deletebestnya duk penang....blh mkn nasi kandaq...
ReplyDeletefilem tamil tu tgk iklan mcm best...
apa tajuk dia Kak? Teppanyaki?.. koh koh koh... okeyh.. nanti saya cari.. XD
ReplyDelete