Nak hujung tahun ni, makin miss nak membuat entri untuk blog saya ni. Bukan apa, macam2 nak kena buat, macam2 nak kena fikir sebelum 2012 mengundur diri. Lagipun, bila dah sibuk, jadi malas nak update blog tapi BW tetap dijalankan secara curi-curi. Huhuhu...
Macam ni la lebih kurang orang...picture google jek...
Semalam petang, kami sekeluarga pergi ke Pesta Pulau Pinang. Mr Hubby kata jom kita gi..rasanya tak ramai orang dah kat pesta. Sekali tu pergi, hah kau! Orang punya ramai nak jalan pun susah. Parking pun takde..so Mr Hubby call member dia yang duduk dekat ngan tapak pesta, tolong hantar dia balik ke Pesta. Dia pi parking kereta kat rumah member dia. Kami bawa stroller, mana tau si Yani & Yana nak duduk. Sekali tu nampak belon la...mainan la...tak mau duduk la pulak. Sekejap je nak duduk. Adoi la...tension juga berjalan semalam.
Sebelum ke tapak pesta, kami makan di Hammer Bay, dekat ngan Queensbay. Makanan lambat, tak panas dan tak berapa sedap tapi sebab dah tunggu lama, makan je la. Dulu makan kat situ sedap banget tapi sekarang dah takde kualiti, mungkin mengejar kuantiti dari kualiti kot sebab di situ ada 3 kedai makan berlainan, ikut kita nak makan kat kedai sapa. Mungkin kalau kami p, kami pi kedai yang lagi dua pulak sebab view cantik..boleh nampak jambatan, Pulau Jerejak dan kapal terbang lalu lintas...hehehe..
Ada kejadian tidak diingini berlaku malam tadi di situ. Akibat kelalaian, saluran paip gas memasak tu tercabut dan api menyambar seorang budak kecil. Nasib baik budak tu sempat lari dan maknya selamatkan dia. Bila tengok balik, anak tuan punya kedai rupanya. Rasanya budak tu tertarik paip gas tu..dan pastinya..klip keselamatan pada paip tu tak dipasang sempurna dan keadaan saluran paip gas tu yang terkeluar dari bawah meja menjadi sebab. Aduila...nasib baik tak jadi apa...
Nota kaki : Kecuaian membawa padah. Keletihan membawa rebah. Motif...tuan punya blog rasa sakit-sakit kaki berjalan meredah manusia semalam
Masa belajar dlu sukalah pegi tapak pesta nie..tuh jer kan acara tahunan yg agak besar kat penang..
ReplyDeleteBetul tu....kami pun ntah macamana ntah boleh pi pulak tahun ni..hehehe..kena pulak time ramai orang adoila
Deletebesarnya tmpt ni....mesti best....
ReplyDeletealahai...nasib baik tak jadi pape yg lebih teruk...
Biasa je Aanie...banyak booth jual barang-barang dengan harga berpatutan, mainan ala fun fair..lampu-lampu ala i-city...
Deletesaya mmg selalu gi penang...Tapi sekalipun tak pernah ke pesta ni..hihihi
ReplyDeleteRamai orang la Daddy Ziyyad....sama je ngan pesta lain cuma skala dia besar...
Deletepenah pegi pesta pulau pinang dulu.. waktu sekolah kat sana.. tapi dah lama tak jejak kaki ke sana.. more than 10 years gak oooo.. lama kan.. :)
ReplyDeleteye ke...lama tu..hehehe...boleh la pi kalau nak cuci mata dan merabakkan poket bila bawa anak-anak sebab banyak sangat yg jual permainan budak2 huhu
DeleteKALAU DH NAMANYA PESTA SURE LAH MERIAH KAN..NGERI JUGAK DGR KISAH BUDAK TU,NASIB BAIK TAKDER APA2..
ReplyDelete