Pagi yang indah
Sewajarnya kita bersyukur
Di atas keberadaan kita hari ini
Umpama putaran bumi
Yang sentiasa pada paksinya
Selagi Allah menyatakannya
Selagi Allah mahukannya
Alhamdulillah
Syukur padaMu ya Allah
KeranaMu aku masih lagi berdiri
Mencari rezeki buat mengisi perut
Mencari keredhaanMu selagi bila perlu
Dekatkanlah kami kepadaMu
Jauhkanlah kami dari belenggu hidup
Permudahkanlah urusan kami
Sesungguhnya, hanya padaMu kami berserah
kerana Engkau maha pengasih
lagi maha pemurah
Amin..
Cantikkan pemandangan tempat yang sama tapi berlainan musim ni. Musim pun berubah, adakah kita berubah juga? Berubah kepada kebaikan kan bagus...
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (QS Al-Baqarah : 164)
Nota kaki : Rasa geram tak kalau dah janji dengan orang jam 7.30 pagi, lepas tu kita sampai jam 7 pagi..tunggu sampai pukul 8 pagi baru sampai? Ubahlah mentaliti supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan dengan kadar yang excellent
nice sharing kniedaz..
ReplyDeleteberubah perlukan istaqamah..namun sejauh mana kekalnya perubahan tuh pun wallahua'lam..kecualilah jirah kerana Allah..
wak pon dh lama X jalan2 negeri 4 musim jugkakk.. UUhhuu
ReplyDeleteAllah rabbul jalil mencipta segala keindahan itu. Kita pun ada perubahan bahkan setiap detik dan waktu. Usia menginjak tanpa sedar. Sampai masa Izrael dtg menjemput...
ReplyDeletesaya pun suka tggu org. tapi tak ada la awal sgt. mcm husben saya mmg suka tggu awal2.
ReplyDeleteSian nye kniedaz lama menuggu. Klu lambat atas alasan x munasabah mmg menyirap gakk kan .
ReplyDelete