It's You!

Thursday, December 6, 2012

Aktiviti Anak

Salam,

Nak share ni. Aktiviti2 yang boleh dilakukan oleh anak-anak kita waktu kita sedang sibuk buat kerja kat rumah. Ye la...kita tengah sibuk buat kerja ke, mengemas ke, memasak ke so tak maulah ada gangguan daripada si cilik kan. Even si abang pun kalau boleh jangan nak kacau mama waktu tu...okla..let's check it out..

1. Playdough 



    Aritu kan saya kata nak cari resepi untuk buat playdough sendiri yang bebas daripada bahan-bahan yang
    merbahaya untuk anak-anak...so ini ada resepinya. Budak2 kalau dapat main playdough ni mesti jadi leka.
    Senang kerja kita..

    Bahan ; Satukan 4 cawan tepung dan 1 cawan garam dengan 1/2 cawan air dan 2 sudu besar 
    minyak. Adun hingga dapat konsistensi yang betul..jangan lupa bubuh pewarna yang kita 
    suka. Senang kan..yang ni versi tak payah dimasak..ada yang perlu dimasak tapi yang ni pun  
    dah cukup mudah


2. Khemah



    Buat khemah guna selimut atau kain gebar. Lepas tu mesti diorang akan main kat dalam khemah diorang
    tu sampai penat. Bagilah biskut ke..apa ke..janji diorang duduk bermain kat dalam tu. Selalu Yani dan
    Yana suka main bawah selimut dengan abang-abang dia. Memang kalau dah main tu tak mau berhenti
    sampai kita pun diajak main sama.


3. Main Air



    Kalau saya di rumah nak kemas rumah, cara yang selalu saya buat ialah bagi diorang mandi dalam kolam
    yang tak perlu tiup tu. Kalau pasang tu je, dengan abang-abang dia sekali terjun dalam tu. Abang-abang  
    boleh tolong tengok adik-adik sementara saya menyapu rumah dan mengemop lantai. Hehehe


4. Gadget



    Bukan gadget yang elok..bagilah handphone rosak ke, radio rosak ke..lepas tu bagi skru driver. Mesti dia
    leka buat "kerja" sampai tak ingat dunia. Hati-hati juga karang habis benda kat rumah di Mcgyver kan
    pulak. Yani dan Yana pun pandai juga buat kerja-kerja ni...habis semua alat mainan yang ada bateri dia
    keluarkan baterinya..huihui


5. Bersihkan Rumah


    Yang ni lagi best. Boleh kurangkan kerja mama mengemas. Bagi je diorang kain lembab dan kerah
    diorang lap semua benda kat rumah. Yana n Yani memang tak boleh tengok saya mengelap, mengemop
    dan menyapu, dua-dua berebut nak buat juga. Kadang-kadang saya bagi diorang kain lembab diorang lap
    gril la, pintu la, dinding pun diorang lap. Hehehe...


Nota kaki : Kadang-kadang tak jalan juga cara-cara di atas so cara yang lain ialah jerit macam tarzan suruh diorang duduk diam-diam..hoho...korang ada cara lain tak?

4 comments:

  1. hahahaha..main khemah-khemah ni mmg saya selalu main dulu...sekarang, main kehmah khemah dgn anak pula..:P

    ReplyDelete
  2. Si kecik kt rmah ni suka tlg lipat kain.huhu..jenih bwak lar kain yg da dilipat..main playdoh dgn kemah2 pun dia suka klu ada kakaknyala.klu x sya la kna tman dia duk uli playdoh tu..he..:D

    ReplyDelete
  3. mase kecik2 mak selalu buatkan play doh tepung tu sebab selalu hilangkan play doh yang betul hahaha :D

    ReplyDelete
  4. bukan ke tepung tu kalau masak baru sedap sikit in case anak2 termakan ke apa ke...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...