Salam
Hujung minggu dok buat apa tu? Saya hanya duduk di rumah dengan anak-anak. Waktu ni la boleh melayan mereka bermain. Tapi kekadang tu sampai tak terlayan.
Macam si Yani ni. Dia suka tengok buku. Bagus jugak la. Dia dah mula mengenal pelbagai benda melalui pemerhatiannya. Selain daripada buku-buku yang kami beli, dia juga suka membelek surat khabar. Ada satu lagi yang dia suka....tengok gambar dalam brosur Carrefour, Tesco Dan lain-lain. Banyak gambar berwarna warni so senang dia nak kenal benda. Alhamdulillah sekarang dia dah kenal banyak benda dan pandai bercakap.
Yana pula berbeza. Dia masih lagi tidak pandai bercakap dengan betul. Boleh faham apa yang dia nak tapi pelatnya masih tebal. Tapi dia sangat suka tengok tv..nampak dia lebih menumpukan perhtian kepada benda-benda lain. Lain anak lain perangainya kan.
Oklah...sampai sini je coretan saya. Nanti jumpa lagi.
memang... lain anak lain caranya.
ReplyDelete