It's You!

Wednesday, December 19, 2012

Macam-macam La...

Salam,

Hari ni saya bertugas di kaunter sehingga 10 malam lagi. Sepatutnya saya bertugas shif semalam, tetapi memandangkan semalam baru nak ambil sang kancil a.k.a minicooper saya di bengkel jadi saya minta tukar dengan rakan setugas.


Kerana sayangkan si kancil dan memandangkan saya amat memerlukan khidmatnya, saya telah berhabis duit gaji untuk memperbaikinya. Adui la....nampaknya sang kancil la yang merasa duit bonus bulan ni. Takpela...yang nak naik pun nanti saya juga. Demi mencari rezeki buat tambahan belanja di rumah.

Pagi tadi waktu mandikan sang kancil, baru perasan, roadtax dah tamat tempoh semalam. Alamak...camna ni....maklumlah...dah lama sang kancil ada kat bengkel, baru tadi perasan. Mmmm..melayang lagi untuk sang kancil. tapi..tadi saya bawa je sang kancil sebab kalau tak, sapa nak hantar saya. Esok, saya tumpang en husband ler..hehehe..

Nota kaki : Itu je nak cerita. Tengok buku belambak kat atas troli...rasa pening kepala plak....bila nak tarik bawa naik dan susun di atas rak, tetiba member yang jaga sudut IT minta saya ganti dia jap sebab ada hal. Terpaksa la saya naik ke tingkat 2. Sementara tunggu dia, susun la sikit buku2 yang ada di atas troli sambil terkejar2 ke kaunter IT bila ada student nak Log In @ Log Out. Nampaknya, kerja malam ni terpaksa menyusun buku di tingkat atas (tempat yang mistik tu..huhu)

3 comments:

  1. kalau ada kereta ni mcm2 la karenahnya. mmg always kena standby duit. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kak punya Roadtax dah luput hampir sebulan baru perasan...hee...maklumlah tuan punyanya cuti sebulan tak p kerja..

    ReplyDelete
  3. huhu..mmg kereta lebih parak nk jaga dari partner sdri

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...