Hujan la pulak malam ni. Bila hujan, maknanya tak adalah student yang nak datang ke library malam ni. Lebat juga hujannya, siap dengan guruh dan kilat. Kalau saya jadi student, dah lama saya bungkus diri atas katil sambil baca novel kesukaan saya. Esok kan cuti...mesti tak ada kelas. Boleh la rileks sikit. Hehehe..itu kalau saya jadi student.
Zaman jadi student dah lama saya tinggalkan. Dah hampir 17 tahun dah tinggalkan alam assignment. Sekarang ni masih di alam buku tetapi alam yang ni begitu mengasyikkan bagi saya. Bila disuruh berangan ni memang semua orang suka. Bila hujan begini, hanya satu yang saya selalu bayangkan...dapat membaca buku di pelbagai situasi. Cuba pilih, situasi mana yang korang paling suka...
Membaca depan pendiang. Kat Malaysia ni tak dapekla nak oii..mau terbakar nanti..hangat.
Membaca di atas katil..oooh..heaven rasanya...
Di bawah pokok..rasa sungguh romantik..kekekeke
Membaca dekat tingkap. Bestnya kalau rumah besar pastu buat tingkap besar ada tempat duduk camni. Hujan-hujan dok baca buku sambil tengok hujan..mabeles!
Baca buku kat library syok jugak tapi lenguh pinggang. Budak2 sekarang kalau masuk library kalau diberi kebenaran, mesti nak baring meniarap kat library tu..
Sapa-sapa yang duduk Shah Alam tu, pi la ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tu. Cantik giler dan user friendly. Rasanya kalau dah duduk dalam tu, tak mau balik. Aritu library ada buat lawatan ke sana tapi saya tak dapat turut serta. Rasa terkilan sangat. Gi la... ^_^
Semua gambar dicari di google ya...
kak dan suami suka baca buku kat arm chair yang kami beli khas untuk membaca..orang veteranlah katakan, kena bersandar selesa..
ReplyDeleteHehe..membaca dengan teman lagi seronok kan kak....kerusi macam tu mmang best....
Deleteye kak
ReplyDeletegua pun nak pergi jugak library kat shah alam...bila entah...
saya selalu berangan bilik membaca saya tingkt atas paling tinggi..beratap dan berdinding kaca...mlm2 baring/duduk/menirap membaca dan sesekali mengadap langit mlm...tgk bintg2..fuyoh!
kueh
Taste kita kalau bab buku ni sama la kueh...susah nak jumpa orang lelaki minat buku nih..akak tabik kat kamu....tu la kan kalau surh bayangkan semua benda berkaitan buku...memang heavan je
DeleteBest kan jadi student....tido tanpa riso pasal lain..dah ada anak ni...tido pun tak lena
ReplyDeletebooks is heaven. haha.
ReplyDeletetak suka baca bawak pokok. bila try sekali dua, macam-macam gangguan. semut laa..kumbang laa..ulat laa...ada banyak dunia kat situ...