It's You!

Tuesday, December 11, 2012

For Your Best!

Salam,

Pagi-pagi sampai tengok bas-bas UiTM sudah setia menunggu student di kawasan meletak kenderaan. Bukan satu, tapi berderet-deret. Ada yang nak ke Kampus Bertam dan ada yang nak ke Kampus Perda..tak pasti ada tak yang ke Balik Pulau. UiTM Cawangan Pulau Pinang ni banyak kampus sekarang. Maklumlah, yang di Permatang Pauh ni dah tak boleh menampung jumlah pelajar yang ramai. Di Permatang Pauh lebih kepada pelajar Kejuruteraan & Hotel, Bertam - Farmasi & Kesihatan, Perda - Perniagaan, lebih kurang begitu la pecahannya. Oleh itu, di library tempat saya bekerja, banyak la buku-buku engineering selain buku-buku am.

Nak cerita sebenarnya betapa beruntungnya pelajar sekarang dibandingkan dengan pelajar zaman saya dulu. Sekarang, tak payah tengokk jauh la..tengok di sini saja, dalam kampus ada banyak kolej didirikan untuk penginapan pelajar. Tak perlu susah payah cari rumah sewa. Duduk dalam bilik selesa walaupun tiada penyaman udara tapi kipas semuanya ada. Nak mendobi, nak fotostat, nak wifi, unifi, streamyx, tempat makan...semua ada di depan mata. Tak perlu susah-susah macam dulu.

Nak ke tempat kuliah, bas disediakan, tak perlu la naik kenderaan awam, cuma tunggu dan naik. Tempat makan, dalam kampus je ada 7-8 foodcourt (termasuk kafeteria kolej). Kalau tak lalu makan di sini, boleh  makan di sana...pilih saja. Kalau nak membeli belah, Jusco ada, Sunway Carnival ada, Pacific ada...semuanya dekat je (tapi yang ni kena la naik bas Rapid..hehehe).


Saling memerlukan...


Beruntungnya mereka. Apa lagi yang diorang nak? Cuma tumpukan perhatian kepada pelajaran, beriadah bersama kawan dan hormatilah kami staf-staf yang ada. Bukan nak suruh tabik ke apa, cuma perlu senyum dan ucap salam jika bertemu. Jangan pandang rendah pada kami yang hanya sokongan ni. Kadang-kadang yang sokongan ni lebih berpelajara daripada kamu, lebih pengalaman dan lebih bijak. Jangan ingat tugas kami melayan segala kehendak kamu sebagai picisan saja..kami juga adalah penyumbang kepada keselesaan kamu. Boleh tegur kalau kami salah, tapi dengan cara berhemah....masing-masing ada perasaan.

Eh..bukan nak kata..terlebih pula meluah perasaan. Semua pelajar di sini hormat dengan staf. Saya suka kalau tengok pelajar masuk library ramai-ramai. Saya suka tersenyum dan melayan mereka dengan baik. Kita kena berhati remaja untuk mengetahui kehendak remaja. Saya pasti semua pelajar suka dengan staf di sini terutama staf library..kan?  ^_^


12 comments:

  1. elok tu.. saling hormat menghormati.. kan amalan mulia... kalau dah terpelajar kan.. elok tunjukkan amalan yg baik dan sopan kan.. baru nama terpelajar.. tul dak.. :)

    ReplyDelete
  2. wak pon dh lama X masuk library jugakkk.. aHHKks

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk la wak..tangkap gambar dalam library

      Delete
  3. "akak library cantik2! " muahahaha! gelak besar.

    ReplyDelete
  4. dulu librarian zaman kak dah title mokcik mokcik,garang lak tu. la ni muda2 belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..skang ni semua muda-muda..kat library kami ni ramai yang bawah 35 tahun..kalau tengok sama naik ngan student je

      Delete
  5. Betul tu, student zaman sekarang selesa..asrama ber wifi, ada pengangkutan..
    Kalau di private institution, sikap sesetengah student pada non academic staff lagi parah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm...macamana nak mengubah persepsi mereka ye...

      Delete
  6. memang student zaman sekarang beruntung tul kan...
    byk kemudahan disediakan untuk keselesaan dorang....
    hopefully dorang nie jgn lupa daratan lah...

    ReplyDelete
  7. rindunya zaman study kt uitm dulu. rindu naik bas mini dan beraktiviti ngan kengkawan :D

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...