Salam,
Lalalala...perut dah kenyang, hati pun senang. Rehat jam 6.30 petang tadi kami mak-mak dara pergi makan di Food court dekat Taman Pauh. Makan Mi Tulang dan Soto. Saya makan soto la..tapi geng saya yang dua orang tu makan mi tulang. Memang sedap...terbaek! Tapi sorry lupa nak ambik gambar..dah setengah jalan baru teringat nak snap gambar..mih mih mih...
Saya nak share ni....biasalah...saya kan selalu jumpa tips best. Bila saya bubuh tips dalam blog saya, semua kawan-kawan boleh dapat manfaat juga, lepas tu senang la saya nak buat rujukan di kemudian hari. Kali ni punya tips tentang "organizing" di rumah. Yang ni semua tips yang telah orang buat dan berkesan.
1. Stop It Before It Starts
Penulis ni kata dia hidup secara minimalis. Kalau bercuti, tak ada cenderahati dibawa balik. Surat-
menyurat lepas baca terus buang, begitu juga dengan resit-resit, dah bayar takde disimpan-simpan.
Buku-buku penyata anak-anak jangan simpan, pendek kata semua yang dah guna jangan SIMPAN.
Semua tu mendatangkan habuk dan timbunan. Drastik kan? Mungkin ada jalan penyelesaiannya. Saya
rasa semua resit yang dah bayar, kita boleh scan dan simpan dalam folder di pc. Buku penyata anak
pun camtu jugak. Bila kita dah buat macam tu, taklah rasa bersalah kalau nak buang semua benda.
2. Faster Food
Sediakan satu bakul di dalam peti ais kita yang mengandungi semua bahan untuk membuat sandwich
seperti mayonis, sos cili, tomato, keju. Jadi, kita cuma perlu bawa keluar bakul/bekas itu dan mula buat
sandwich. Tak la kita tercari-cari mana mayo, mana sos cili semua tu. Boleh juga praktikkan benda ni tapi
lebih praktikal untuk mereka yang memang gemar makan sandwich. Mungkin kita boleh tukar isi bakul
kita dengan benda yang selalu kita makan dan perlukan dengan cepat.
3. Bag It
Satu cara yang dicadangkan untuk mengelakkan makanan yang kita beli terbazir begitu saja ialah dengan
membungkusnya kembali dalam kuantiti yang kecil. Dicadangkan, bungkus makanan dalam kuantiti kecil
dan diletakkan di dalam bakul/bekas yang cantik. Selain daripada memudahkan kita memakannya, ia juga
menjadikan dapur kita lebih kemas. Yang ni saya pun suka..beli dalam kuantiti atau bungkusan besar
selalunya lebih jimat lepas tu kita cuma perlu re-pack je. Boleh cuba ni!
4. Use It or Lose It
Yang ni macam ganas sikit. Semua barang mesti ada tuannya kan? So mana-mana barang yang sudah
memasuki rumah kita, mesti ada rumahnya tersendiri. Kalau ada barang-barang ni didapati
bersepah-sepah atau diletakkan merata hala, maka kemungkinan besar barang itu ditongsampahkan
adalah besar. Wah..ni kira berani mati juga ni. Mungkin boleh dipraktikkan tapi dengan sedikit
kelonggaran. Barang yang bersepah akan masuk bilik rahsia dulu sebelum dibuang. Kira bagi pemilik
barang peluang kedua untuk simpan barang dia sebelum kena masuk tong sampah.
5. Do A Sweep
Setiap pagi ketika mengemas, bawa bakul, start dari ruang tamu. Masukkan segala benda yang bukan
berada di tempatnya. Lepas tu, bila kita toleh belakang, semua benda yang tak sepatutnya ada sudah
hilang tapi bukan hilang la..ia memudahkan kita letakkan balik benda di tempat yang sepatutnya. Kalau
nak senang lagi..biar je benda tu dalam bakul sampai tuan punya barang claim kat kita dan simpan sendiri.
Hehehe
Ada banyak lagi tips yang ada tapi 5 pun dah cukup kot. Saya sendiri suka mengemas. Kalau lepas kemas nampak ada barang bersepah, saya akan bebel sampai barang tu diangkat. Kadang-kadang saya yang kena angkat. Kalau memasak, saya suka membasuh mangkuk, besen dan segala yang saya gunakan ketika memasak bukan selepas habis memasak. Saya suka bila saya habis memasak, pingan mangkuk pun takde dalam sinki. Saya sangat cerewet dengan kebersihan dan kekemasan di rumah. Sesiapa yang tinggal dengan saya, mesti tau. Sebab itu saya suka berleter kalau Danish dan Danial malas membantu di rumah...tapi sebagai kuasa veto, diorang kena juga tolong kemas hatta hanya mengangkat pinggan dari meja makan ke sinki. Korang macamana?
alamak saya dah takut makan
ReplyDeleteTeknik 'Bag It' itu pun sangat practical buat yg ada anak kecil...Beli cikedis besar, masukkan dlm beg plastik kecik, bagi anak makan...Bilanga cikedis berterabur pun kita boleh minimumkan...hahaha
ReplyDeleteno.1 tu kak pernah cuba amalkan tapi konsep "sayang" tu menebal . tu sebab setiap kali pindah berangkut jugak walaupun tak pernah dibuka@diguna! huhu...
ReplyDeleteinfo yg menarik.
ReplyDelete