Salam
Salam pagi Jumaat. Hari ni saya masuk kerja lepas Solat Jumaat tapi balik jam 10 malam nanti. Biasalah student dah masuk balik so perkhidmatan kaunter pun dilanjutkan sampai 10 malam. Nasib baik masih 10 malam...kalau di Shah Alam, diorang dah start buka 24 jam...huhuhu...
Masuk lambat bolehlah kemas rumah sikit. Si kecil dua orang masih tidur lagi so senanglah nak menyapu dan mengemop lantai. Tak payah nak praktikkan aktiviti2 yang saya listkan dalam entri semalam tu..
Pagi-pagi camni nak cerita apa ya....tak perlulh cerita panjang-panjang...letih membacanya. Saya cuma bak cerita sikit tentang si kembar saya ni. Alhamdulillah sekarang dh nak masuk satu tahun sepuluh bulan dah. Semakin lincah...semakin petah...dah banyak yang diorang pelajari hasil pemerhatian dan ajukan.
Yani semakin petah berkata-kata. Sudah boleh membina ayat dengan 3 - 4 perkataan walaupun ada pelatnya. Dia juga cepat menangkap perkataan-perkataan baru yang kami ajar. Ada yang dia sendiri tanya jika dia tak tahu. Material yang kami guna biasanya majalah..surat khabar...buku cerita...katalog...tv dan alam sekitar. Sekarang ni kalau kami balik rumah lepas kerja dia boleh cakap "mama...pi makan nasi" dan kalau adik dia minta apa2 dia akan cakap "nanti abah beli la...." hehe...bijakkan!
Yana pula belum lagi petah bercakap. Dia bercakap banyak dalam bahasa dia sendiri tapi kadang-kadang kita faham jugak la apa yang dibebelkan. Perkataan yang selalu dia dengar boleh la dia sebut seperti 'abah', 'mama', 'tok', 'abang', 'kakak', 'air', 'jangan la', 'kereta' , 'nasi'....eh...banyak juga rupanya....tapi kurang la daripada Yani. Yana lebih cepat dalam pergerakan..lebih fokus kalau buat sesuatu dan lebih garang. Nampak dia cepat memanjat..berlari...rebut barang...itu semua kepakaran dia. Walaupun kembar tapi perkembangan mereka sangat berbeza. Alhamdulillah...
Bila ada anak kembar, letihnya memang berganda. Nasib baik ada mak tolong jaga waktu pi kerja, ada tok ibu dan mami di sebelah rumah so pagi ada ramai yang boleh tengokkan diorang. Sekarang bila dah pandai berjalan...xla susah sangat...cuma kena monitor sebab masing-masing sangat suka memanjat sekarang ni. Gril pintu pun dah dipanjat sampai ke atas. Bila nak berjalan pun kena bawa semua orang sebab ramai yang akan tolong jaga. Mama dan abah tak boleh bagi perhatian lebih sebab si abang berdua tu pun kadang-kadang buat perangai. In shaa Allah besar sikit nanti bolehla jalan jauh.
Uit...tadi kata cerita sikit ni macam dah panjang pulak. Nanti kita cerita lain ya! Selamat bekerja semua!
Salam pagi Jumaat. Hari ni saya masuk kerja lepas Solat Jumaat tapi balik jam 10 malam nanti. Biasalah student dah masuk balik so perkhidmatan kaunter pun dilanjutkan sampai 10 malam. Nasib baik masih 10 malam...kalau di Shah Alam, diorang dah start buka 24 jam...huhuhu...
Masuk lambat bolehlah kemas rumah sikit. Si kecil dua orang masih tidur lagi so senanglah nak menyapu dan mengemop lantai. Tak payah nak praktikkan aktiviti2 yang saya listkan dalam entri semalam tu..
Pagi-pagi camni nak cerita apa ya....tak perlulh cerita panjang-panjang...letih membacanya. Saya cuma bak cerita sikit tentang si kembar saya ni. Alhamdulillah sekarang dh nak masuk satu tahun sepuluh bulan dah. Semakin lincah...semakin petah...dah banyak yang diorang pelajari hasil pemerhatian dan ajukan.
Susah nak tangkap gambar berdua..tak reti duduk diam
Yani semakin petah berkata-kata. Sudah boleh membina ayat dengan 3 - 4 perkataan walaupun ada pelatnya. Dia juga cepat menangkap perkataan-perkataan baru yang kami ajar. Ada yang dia sendiri tanya jika dia tak tahu. Material yang kami guna biasanya majalah..surat khabar...buku cerita...katalog...tv dan alam sekitar. Sekarang ni kalau kami balik rumah lepas kerja dia boleh cakap "mama...pi makan nasi" dan kalau adik dia minta apa2 dia akan cakap "nanti abah beli la...." hehe...bijakkan!
Dengan Cik Li dia lepas letih berjalan di Jeti ke Pulau Aman...tak larat ler tu
Yana dok merilekkan dirinya
Bila ada anak kembar, letihnya memang berganda. Nasib baik ada mak tolong jaga waktu pi kerja, ada tok ibu dan mami di sebelah rumah so pagi ada ramai yang boleh tengokkan diorang. Sekarang bila dah pandai berjalan...xla susah sangat...cuma kena monitor sebab masing-masing sangat suka memanjat sekarang ni. Gril pintu pun dah dipanjat sampai ke atas. Bila nak berjalan pun kena bawa semua orang sebab ramai yang akan tolong jaga. Mama dan abah tak boleh bagi perhatian lebih sebab si abang berdua tu pun kadang-kadang buat perangai. In shaa Allah besar sikit nanti bolehla jalan jauh.
Uit...tadi kata cerita sikit ni macam dah panjang pulak. Nanti kita cerita lain ya! Selamat bekerja semua!
Comelnya.....
ReplyDeletealololo...chubby nyer pipi tuh....meh aunty cium sikit....hihihii
ReplyDeletesi kembar ngan anak dara saya umur dekat2 rupanya.anak dara saya setahun 7bln.wahhh, bagus perkembangan tu dah boleh cakap dah..anak saya hujung2 perkataan je bunyi..huhu
ReplyDeletebetul tu.. kadang2 bukan anak kembar.. yang tak kembar pun sama.. perjalanan jauh terhad.. makan luar pun sekali sekala je.. sbb anak2 tak dok diam kan.. jadi kena tunggu anak2 sesuai dulu.. baru boleh bawa.. hmmm.. untung ramai yg ada boleh tolong tengok2kan..
ReplyDeleteshah alam 24 hours ek?
ReplyDelete