It's You!

Wednesday, December 5, 2012

Topeng Muka

Salam,

Dah selesai perjumpaan bersama Ketua Pustakawan tadi. Banyak juga info-info yang diberikan dan feedback yang KP dapat daripada kami.

Bila sudah bersua muka, baru terlerai segala masalah...bukan pun ada masalah sangat pun cuma beberapa perkara yang memerlukan kepastian sahaja. Banyaknya yang berkaitan dengan pengguna dan prasarana library yang masih tidak mencukupi. Nak memastikan statistik pengunjung meningkat naik, banyak perkara yang perlu ditambahbaik dan diambil kira. Seronok dapat jumpa KP! Ok la...itu saja yang boleh diceritakan tentang kedatangan KP.

Semalam dah sembang pasal pencuci  muka yang saya dah gunakan. Petang ni saya kongsikan beberapa resepi D-I-Y untuk buat facial kat rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur kita. Sedia semua??

Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit



Bahan2nya : Buah Betik
Caranya     : Lenyek buah betik dan lumur ke seluruh muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan
                      air suam.
Kebaikannya : Mencerahkan kulit dan menghilangkan kedut2 halus di kulit selain menjadikan kulit semakin
                       lembut





Bahan2nya : 1sudu besar yogurt, plain : 2 sudu besar minyak zaitun : 1 sudu kecil minyak pati lemon

Caranya     : Sapukan ramuan tersebut di seluruh muka kemudian lap dengan kain yang telah dibasahkan
                     dengan air suam sehingga bersih.
Kebaikannya : Untuk membersihkan muka dengan lebih berkesan






Kulit Berminyak

Bahan2nya : 2 sudu kecil yogurt, plain : 1 sudu kecil jus lemon
Caranya     : Sapukan ramuan ke seluruh muka dan biarkan 20 - 60 minit. Selepas tu cuci muka dengan air suam sebelum dibilas sekali lagi dengan air sejuk
Kebaikannya : Bila dilakukan setiap minggu, boleh mengurangkan kesan cela di wajah selain meratakan
tona warna kulit supaya nampak sekata


Kulit Kering

Bahan2nya : 2 sudu besar madu lebah : 1 sudu kecil jus lemon
Caranya     : Sapukan ramuan ke seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas tu cuci muka dengan air suam sebelum dibilas sekali lagi dengan air sejuk
Kebaikannya : Masker ni boleh memulih, melembab dan mengimbangkan kadar pH kulit.










Bahan2nya : 1 sudu besar oatmeal (dikisar) : 1 sudu besar jintan manis (rebus dengan 1/2 cawan air - jadikan macam teh) : 1 sudu besar madu lebah
Caranya     : Satukan oatmeal, 1 sudu besar teh jintan manis dan madu. Ratakan di muka yang sudah dicuci bersih. Biarkan selama 2o minit dan bilas bersih
Kebaikannya : Melembabkan kulit








Nota kaki : Lepas ni jom kita buat masker kita sendiri. Mana tau, lebih berkesan dan sesuai dengan kulit kita.




5 comments:

  1. Kulit berminyak kut..boleyla try nanti ni..:D

    ReplyDelete
  2. CARA TRADISIONAL NI..OK JUGAK,BOLEH DI TERAI..^_^

    ReplyDelete
  3. rasanya, kalau masuk dlm mulut lagi sedap kot.. hihihi

    ReplyDelete
  4. tapi yang secara semulajadi ni la org mls nak buat kan?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...