Pagi ni saya terlibat dengan acara gotong-royong memasak Bubur Asyura. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Kakitangan Umum UiTM Pulau Pinang (KKUUiTMPP) dengan kerjasama Pusat Islam. Sebagai AJK, adalah wajib untuk saya menyertai acara ini. Saya tak pernah pun memasak Bubur Asyura ni. Kiranya, ni adalah kali pertama saya memasak bubur ini.
Versi Utara
Tapi kan, bubur Asyura di belah Utara tak sama dengan bubur Asyura di negeri Johor. Di sini, bubur Asyuranya manis, terdiri daripada kekacang seperti jagung. Rupa pun ada macam tepung talam je saya tengok. Saya tak suka bubur Asyura jenis ni. Hubby kata sedap...tapi saya kata tak maulah...
Versi Selatan.. i loike
Di Johor, bubur Asyuranya ala-ala bubur lambuk diperbuat dari beras. Saya ingat dulu-dulu mak dan arwah abah memasaknya bubuh daging, kacang tanah, ayam, udang...boleh dikatakan bubur di Selatan lebih kepada bubur yang savory. Kalau yang ni, dua-tiga mangkuk pun saya boleh habiskan. Hahaha...
Untuk hari ni, sudah semestinya bubur yang dikacau adalah bubur versi Utara sebab duduk pun di Utara. Orang sini kalau bagi bubur Asyura yang savory (pedas) ni mesti pelik..sama juga kalau bagi bubur Asyura manis ni kat orang di Selatan. Bagaimana pula bubur Asyura di tempat korang?
Nota kaki : Selepas dua hari balik lewat sebab menunggu hubby, hari ni saya memandu sendiri ke tempat kerja. Kereta belum lagi diambil di bengkel tapi MIL gi berkursus so saya drive kereta dia hari ni. Sampai tadi dengar bunyi derapan kaki student sedang berkawad, sekata dan penuh semangat. Rasa teruja pulak melihat mereka dengan seragam dan but berkilat.
wak demam pon wak makan bubur campur lobak masin ikan bilis tampan jugakkk.. ihhiKKKs
ReplyDeletebestnya bubur assyura my feveret tu.saya suka makan yg keras.versi pantai timur sama ngan yg utara.tapikan sejak duduk kl tak penah dapat makan.ada dalam lebih 10 th dah tak makan ni...meleleh air liur den..
ReplyDeletekak,
ReplyDeletepetang semalam ambik anak di rumah BS pon, dia hidangkan bubur asyura ni.....manis sangat sebab depa bubuh durian.
versi kelantan ala-ala macam johor punyer jugak...saya pon prefer yg macam tu, sebab rupanya betul macam bubur...
yang utara punyer tak berapa berkenan...heheheh
hohohoho. 1st time saya tgk bubur asyura dari utara. mesti rasa pun lain kan. tekak kita ni dh biasa makan bubur asyura versi selatan. hehehe
ReplyDeletedah lama tak makan.
ReplyDeleteSedang makan Bubur Asyura versi Kelantan. Staff bagi. Lalu terus google resipinya dan sampai ke blog ini. Saya asal dari negeri Utara.
ReplyDeleteBuat pengetahuan Ms. Su Bubur AsSyura versi Kelantan dan Versi Utara lansung tak sama. Walaupun kedua-duanya manis, versi Kelantan mengandungi Rempah khusus untuk Bubur AsSyura, yang agak savoury, saya kira serupa rasanya dengan rempah kurma beryani bahtu pahat, di samping mengandungi carikan daging.
I love Bubur AsSyura versi selatan dan utara. Tapi versi Kelantan, tekak saya seperti memberontak. Bayangkan bubur AsSyura Utara ditambah rempah dan daging.
Sorry...
test
ReplyDeletesalam, bubur asyura versi johor yg terbaikk... x penah lg mkn versi kelantan or utara tp tgk je mmg x minat nk rasa.
ReplyDelete