It's You!

Tuesday, December 4, 2012

CKT

Salam,

Selamat pagi wahai rakan-rakanku. Semoga hari ini penuh berkat untuk kita semua. Pagi2 cerita tentang makanan, aci tak? Ini kisah BIL saya yang duduk di Putrajaya. Setiap kali balik Penang, wajib makan CKT @ Char Koay Teow sekali. Selagi tak dapat, selagi tu dia ajak pi.

So, untuk menunaikan hajatnya, kami semua pi meneman dia makan CKT. Minggu MIL balik dari haji tu BIL & SIL balik Penang dengan mak dan adik-adiknya so hari tu kononnya nak ajak mak dia makan mi udang di Pulau Aman tapi cancel sebab tuan punya kedai makan gi melawat orang sakit.

Bila dah tak jadi makan mi udang, hubby kata jomlah kita bawa diorang makan CKT sebab kalau tak pi petang, lewat malam pulak baru diorang nak pi. Bila dah balik rumah, malas dah nak keluar. Lagipun, malam tu ada perlawanan bola sepak kalau tak silap. Kami makan CKT kat Sungai Dua je, tapi selalu pun makan kat situ. Ada banyak juga kedai CKT kat area Permatang Pauh. Dekat dengan UiTM pun ada satu. Pilih je nak makan kat mana.

Saya bukan penggemar tegar CKT, boleh la makan tapi bukan addicted macam BIL. Kalau saya, saya lebih suka makan bihun goreng je..hehehe tapi bila orang dah bawa, bedal ajalah. Sekarang ni, merata dah orang jual CKT. Kalau gi KL pun ada juga orang jual tapi biasalah...rasanya tetap tak sama..walaupun dia kata CKT Original from Penang bla bla bla...hahaha...

Yani pun sibuk nak order jugak

Sabar menunggu CKT yang dipesan. Tak lama pun tunggu..kejap je. Masak CKT kan kejap je..

Jemput makan semua!

Hubby kena pegang Yani pulak. Bagi mama pulak makan ya...

Nota kaki : Penang kan syurga makanan..macam-macam ada. Campak kat Penang, orang tak mati sebab tak makan tapi boleh mati sebab terlebih makan haha

6 comments:

  1. Kniedaz...CKT tuh feveret sy ms study kat penang dulu..ingat selalu kuar supper mlm2 ngan kwn2 carik CKT ..ada bbrp tmpt yg best tuh kat sunshine pun ada..mmg ketagih lah jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...ye ke? kat Fiji ada jual KT tak?

      Delete
  2. pernah bawa family johor p sini gak dan depa suka. sekarang dah ada branch di sp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kat SP ada cawangan ek? Jarang gi SP...pi pun sampai Tesco jek hehe

      Delete
  3. Saya penggemar CKT!!!

    Hihihi..mmg sanggup ke Penang semata mata nak makan CKT..
    Selalu saya makan yg di Bayan Baru punya

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan. CKT mmg sedap.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...