Jam 4.30 petang baru siap acara mengacau bubur asyura kami. Letih juga rupanya. Lepas membahagi-bahagikan bubur asyura kepada ahli-ahli KKUUiTMPP, kami bahagi pulak untuk AJK. Oleh kerana saya tak berapa minat bubur asyura, saya hanya ambil sedikit je, habuan untuk orang di rumah merasa. Inshaa Allah tahun depan kami buat lagi.
Ni bahagian saya ^_^
Dah susun bekas untuk isi bubur..tunggu bubur masak je
Nin dia nin dia!
Sedikit update tentang entry saya yang bertajuk Camna Ya? tu..saya dah tanya dengan kawan saya (saya kenal dia melalui kawan saya...kira kawan saya tu kenal sangat lah dengan dia ni). Alkisahnya memang dia ni suka sangat pinjam duit kat orang. Sebelum ni pun ramai kawan-kawan dia ni yang dah terkena. Kawan saya nasihatkan jangan dilayan, cakap je tak ada duit. Sebelum ni dia ada juga minta duit kat kawan saya ni..alasannya anak dia sakit. Ok..bila dah ada orang sahkan kedudukan yang sebenar camni, maka jalan selamatnya jangan pedulikan sms yang dihantar.
Saya ni jenis mudah kesian kat orang. Apa lagi kalau ternampak orang tua bekerja atau berjalan tanpa haluan di dalam bandar atau di mana-mana. Saya selalu berdoa jika saya dan suami sudah tua nanti, kami tidak perlu bekerja sehingga tua. Biarlah kami hidup gembira, walaupun tak kaya tapi sentiasa ceria agar kami dapat menghabiskan masa tua kami bersama, in shaa Allah, semoga Allah makbulkan doa saya ini. Ok la..nak balik dah...see you tomorrow!
Sedap nampaknya bubur tu. :)
ReplyDeleteKak pun tak berapa pandai makan bubur tu..sikit2 bolehlah..
ReplyDelete