It's You!

Sunday, December 2, 2012

My Saturday Life

Salam

Sebelum apa-apa nak ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara ke suku akhir selepas menundukkan Indonesia dengan 2 gol tanpa balasan. Riuh rendah rumah kami tadi dengan sorakan dan kritikan. Biasalah....jadi penonton ni mesti lebih sudu dri kuah. Macam2 yang nak dikritik. Tapi memang tabik dengan penjaga gol kita yang comel tu...lupa plak namanya. Semoga perlawanan menentang Thailand nanti Harimau Malaya akan buat sehabis baik. Maklumlah....Thailand pun bukan calang-calang pasukan. Kuat tu. Eh..eh...bila la pulak saya ni jadi peminat bola sepak? Sebenarnya saya cuma tengok piala AFF Suzuki ni je...yang lain tak ikut sangat.

Habis bab bola kita cerita pulak bab kenduri kawin. Petang tadi g jemputan kenduri kahwin sepupu hubby. Dri rumah lepas solat Zohor. Cuaca pun nampak elok...redup tak panas sangat tapi rupa-rupanya kat rumah kenduri hujan lebat sampai ada angin kuat lagi. Sampai je kami tak boleh keluar kereta sebab memang lebat giler. Tengok dalam khemah kenduri pun dah becak dan penuh dengan tetamu yg tak boleh balik. Kami patah balik g Sungai Dua dulu p cabut gigi Danial. Gigi susu dia dah goyang dan gigi baru dah nampak tunggul so kenalah pi cabut takut gigi baru tu nanti tumbuh taj elok. Lepas cabut gigi baru kami g rumah kenduri tu balik. Sampai pun hujan dah berhenti tapi memang becak la khemah...makanan pun dah tak banyak tapi sebab dah lapar makan je la apa yang ada.

Lepas tengok bola malam tadi, saya tengok cerita Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Tomok & Beto Khusairy tu. Aku rasa cerita ni adalah filem melayu yang paling best untuk tahun ni. Ceritanya dah la simple je...tapi sangat menarik sekali. Saya boleh ketawa...tersenyum sendiri...rasa sedih....rasa marah...rasa...bestnya kalau ada kat Istanbul...gitu hehehe.....terbaek la cerita ni.

Lama dah tak tengok fiilem di panggung..teringin nak tengok The Breaking Dawn part 2 kat panggung tapi tak dapat pi. Lepas ni ada The Hobbits....yang tu pun sangat teruja nak pi tapi tak taulah dapat pi ke tak...kesian nak tinggal si kembar tu...mana boleh bawa diorang nanti buat perangai dalam panggung tak syok la....sudahnya..Tunggu je lah Astro buh dalam Astro Best ke apa....

Eh....dah melalut macam-macam ni. Saya berhenti dulu la...Hari Ahad, hubby nak bawa hero-hero tu pi tengok lumba Cup Prix kat Batu Kawan. Kalau dia ajak saya pun, belun tentu saya ikut. Malas la nak brpanas-panas tengok lumba motor. Lainlah kalau bawa gi shopping...yang tu ok la...hahaha...

Nota kaki : Dah banyak minggu teringat nak kemas almari pakaian si kembar tu tapi asyik tertangguh je. Kalau tak ke mana, bolehlah mengemas sedikit mana yang patut..daaa!


3 comments:

  1. semalam pun tgk istanbul aku dtg. tgk cd je pun.

    ReplyDelete
  2. mmg lama sha tak update blog...tak jalan2 ke blog kawan...sedikit bz kot..eceh...

    apa kabar? seronok tgk gambar2 si kembar yg dah besar tu..comey bangat....

    arini kami di pantai timur bekerja..ehehehe...

    ReplyDelete
  3. kesian yer kenduri ngan hujan lebat...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...