Sebelum tulis lebih panjang, kita tengok dulu sedutan video ni. Boleh memberi sedikit gambaran tentang perkara ini dari pandangan seseorang yang ahli.
Ok, saya nak bercerita tentang ini pun saya rasa tak layak pulak sebab saya pun tak tahu tentang perkara-perkara ini. Cuma bila semua orang di sekeliling sibuk bersembang pasal ini, saya jadi ingin tahu. Kalau nak cari, dalam internet berlambak orang mengeluarkan pelbagai teori tentang 2012, sampai bergaduh-gaduh dan mencaci cerca pulak dah. Saya malas melayan semua tu. Saya cuma cari, baca, faham dan kongsi. Pelbagai pendapat dikeluarkan. Boleh baca artikel tulisan Falak Online tentang isu ini. Lepas tu ambil masa baca komen pulak..saya jenis tak suka komen jika benda yang saya komen tu tentang fakta yang saya tidak betul2 faham.
Tak perlulah terlalu taksub dengan berita yang sendiri tidak tahu kesahihannya. Perkara seperti ini hanyalah mendatangkan rasa panik dalam diri semua orang. Penting juga kita sedar dan faham, sebagai umat Islam, kejadian seperti ini semua tidak mungkin TIDAK AKAN BERLAKU. Ia sebahagian daripada Rukun Iman kita. Ini cuma pandangan saya sahaja. Orang lain mungkin lain pandangan dan pendapatnya.
يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya?
Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah
pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu
kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya
bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak
datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya
kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah!
Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi
Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)
Kita hanya boleh menduga2, tapi rahsianya tetap di tangan Allah juga...
ReplyDeleteKiamat pasti berlaku, hanya Allah saja mengetahuinya. Jangan kerana mempercayai ramalan tertentu, kita perjudikan akidah kita, Wallahua'lam
ReplyDelete