It's You!

Friday, November 30, 2012

Toys

Salam,

Dah lama saya tak belikan anak-anak mainan. Selalunya hubby yang belikan. Saya lebih suka belikan anak-anak bahan bacaan daripada beli mainan. Tapi kan...saya suka juga browse bahagian mainan kalau gi shopping. Paling suka patung Barbie yang ada banyak baju tu. Boleh tukar-tukarkan baju pastu boleh main masak-masak. Hehehe...nampak sangat saya yang melebih-lebih.

Saya pulak yang teringin hehehe


Main masak-masak pun seronok. Yana dan Yani suka main masak-masak. Semua orang kena makan apa yang diorang masak. Layan je la


Ni ada sedikit panduan ketika membelikan permainan untuk anak-anak kita. Yela...kita beli barang permainan tu untuk hiburkan hati anak-anak kita so tak maula kerana permainan tu pulak kita menangis di kemudian hari.

1. Pastikan mainan yang dibeli itu sesuai dengan umur, minat dan peringkat kemahiran anak- 
   anak. Yelah, takkan anak kita masih lagi baby kita dah belikan dia Barbie Doll tu, hehehe.

2. Jangan belikan alat mainan yang mudah ditelan atau disedut melalui hidung untuk bayi dan 
    kanak-kanak  prasekolah. Bahaya benda-benda kecil ni...takut tertelan. Saya pernah alami 
    insiden ini dulu waktu Danish masih kecil. Dia kutip duit syiling dalam kereta MIL. Sedar-
    sedar dah bubuh dalam mulut. Lepas tu laju je saya tepuk belakang dia sampai terkeluar duit 
    tu. Waktu tu rasa panik teramat sangat. Lepas tu belajar dari pengalaman. 
  Small things is a no-no!

3. Pastikan mainan yang diperbuat daripada kain bulu atau disumbat dengan foam ke tu tidak 
   mendatangkan alahan kepada anak kita.




4. Pastikan setiap bahagian mainan dipasang dengan sempurna dan tidak mudah tercabut, tidak 
    mudah pecah atau mempunyai bucu-bucu yang tajam. Ini untuk mengelakkan anak-anak kita 
    tercucuk atau terluka akibat bermain dengan mainan itu.



5. Pastikan tiada pin atau dawai kokot yang  tertinggal pada mainan.

6. Pastikan mainan itu menggunakan cat yang tidak mudah tertanggal. Anak-anak kecil kan 
    suka masukkan barang mainan ke dalam mulut so make sure cat tu tak mudah tertanggal dan 
   ditelan oleh mereka.

7. Kalau mainan itu didatangkan dengan tali, pastikan tali itu tidak terlalu panjang sehingga 
    boleh mengakibatkan anak-anak kita terjerut.

8. Jangan membeli mainan yang menyerupai makanan kerana anak-anak akan tersalah sangka 
   dan memakan mainan tersebut.
Macam playdough ni kta boleh buat sendiri daripada tepung rasanya. Nanti saya cari resepi dia so bila anak-anak temakan pun taklah mudarat cuma dia rasa masin sebab kalau tak silap resepinya menggunakan tepung dan garam yang banyak.

9. Yang penting sekarang, jika membeli mainan untuk anak-anak, pastikan permainan itu 
    didatangkan dengan label kandungan dan keterangan serta label amaran. Pastikan juga alat 
    permainan itu mempunya tanda pematuhan keselamatan ini yang bermaksud Malaysia 
    Conformity.



Lepas tu, pastikan kita sentiasa menyelenggara alat mainan anak-anak kita dari semasa ke semasa. Ambil sedikit masa untuk mengasingkan yang sudah rosak, pecah dan buang yang mana-mana yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Nota kaki: Saya pun sedang berusaha untuk buat gotong-royong membersih dan membuang mana-mana mainan anak-anak di rumah. Tapi kadang-kadang rasa sayang nak buang bila tengok tu tapi mana2 yang pecah dan sumpik, saya kena la buang. Yana tu suka masukkan barang dalam mulut, takut terluka mulut pula. Sama-samalah kita menjadi ibu bapa yang lebih prihatin untuk keselamatan anak-anak.

4 comments:

  1. akak suka membeli mainan yang murah.. walaupun takder kualiti tapi budak2 bukannyer main lama.. lepastu tersimpan dalam kotak..

    anakpun kalau pegang mainan tanya dulu ini murah ker mahal.. kalau kita mahal padahal murahjer sebab belum tau tengok harga dia percaya punya...

    sekali2 beli gak yang mahal kalau dia buat sesuatu yang elok sebagai hadiah...

    ReplyDelete
  2. mainan 2 Abdul kak dah boleh buat kedai mainan..tak taulah, bila depa nak matang. pada kak beli mahal tapi depa pandai jaga, tak pe. boleh suruh depa "turun"kan kat anak2 depa nanti...heee.

    ReplyDelete
  3. wak pon sukak beli mainan toys tuk diri wak jugakk.. ahHHkss

    ReplyDelete
  4. playdough tu pernah buat sendiri. annti nak buat lagi. memang guna garam yg banyak. dan jugak cream of tartar.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...