Kongsi info dalam FB. Saya amalkan juga membaca surah Al-Kautsar ini.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai syukur)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
Anda sedang bersedih? Apakata anda baca SURAH AL-KHAUSAR sebanyaknya. Dengan izin Allah, segala kesedihan yang dialami dapat dihilangkan.
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Amalkan untuk
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mintalah apa yang kita inginkan, insha Allah
dimakbulkan
2. Jika kita haus dan tiada air, baca surah ini dan gosok pangkal leher kita, insha Allah hilang
rasa dahaga
3. Jika selalu sakit mata, bengkak, gatal atau berair, bacakan surah ini 10 kali ke dalam air
mawar dan sapukan ke mata yang sakit
4. Jika dipercayai rumah kita terkena sihir, baca surah ini 10 kali, moga Allah berikan ilham di
mana sihir itu diletakkan
5. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk dalam sembahyang
Wallahualam.
thx for sharing this useful info...
ReplyDeleteSama-sama kita amalkan sis ^_^
DeletePetua juga ni Niedaz... kalau masak/bancuh air baca suroh ini supaya yg makan rasa sedap. Kakak amalkan setiap hari sebab kakak tak pandai memasak tapi sekurang-kurangnya abang makan sedap.
ReplyDeleteBetul ke Kakzakie? Wah..petua bagus tu..saya pun nak amalkan la...hehe
DeleteTQ for sharing...insya allah, sama sama kita istiqomah amalkan
ReplyDeleteInsha Allah..benda baik kita kongsi sama-sama
Deleteselalu yui bc time smbhyg..
ReplyDeleteSamala ngan akak Yui ^_^
Delete