It's You!

Friday, January 25, 2013

Ibu Oh Ibu!

Salam,

Selamat bercuti kawan-kawan. Di Penang, kami bercuti sampai hari Isnin sebab Thaipusam jatuh hari Ahad. Mesti ramai yang merancang percutian bersama keluarga. Saya tak tahu lagi nak ke mana. Ada juga rancangan nak berkelah di air terjun tapi tak tau jadi ke tidak lagi.

Hari ni adik saya akan menjemput mak saya di rumah. Hari Ahad ni mereka buat kenduri Akikah untuk anak mereka. Saya pun tak kisah sebenarnya kalau mak nak ke rumah adik sebab saya pun bercuti jadi si kembar boleh duduk dengan saya.

 Kepada yang musykil, mak saya yang menjaga si kembar sejak mereka lahir. Macam telah diatur selepas saya bersalin kembar, mak pun pencen. Dia datang ke Penang, duduk dengan kami dan membantu saya menjaga si kembar. Selain mak, sepupu Mr Hubby (Mami Yon) dan ibu saudara Mr Hubby (mak Mami Yon) yang duduk di sebelah rumah pun membantu kami.

Alhamdulillah, banyak betul jasa mereka terhadap kami. So, selalu saya tanya kalau mak nak bermalam di rumah adik, saya atau Mr Hubby boleh hantarkan tapi selalunya dia kata tak mau. Sekarang si kembar dah besar, mak pun tak ralat nak tinggalkan mereka. Diorang pun sangat rapat dengan tok mereka. Malam ni sampai hari Isnin, tak adalah Tok Madah kat rumah.

Dua permata hati saya yang banyak keletah. Kadang-kadang rasa kesian nak hantar kat orang yang tidak dikenali. Susah nak cari pengasuh yang baik.


Yang paling rapat dengan mak saya, mestilah Yana. Mak kata muka Yana macam muka saya...agaknya sebab tu mereka rapat sangat. Tak boleh berenggang hehe...


Saya dan Mr Hubby seboleh-bolehnya tak mahu membebankan mak dengan menjaga cucu mereka. Saya selalu melayari internet mencari-cari hukum ibu menjaga cucu. Ada yang kata harus meminta tolong kepada ibu menjaga cucu dengan syarat si ibu itu ikhlas ingin menjaga cucunya dengan niat mengeratkan hubungan antara nenek dan cucu. Waktu mula-mula dulu mak kata mak nak jaga sebab kesian nak hantar kat orang kecil lagi. Sekarang ni kan banyak kes dera berlaku...baby mana la reti nak mengadu kalau orang buat dia.

Insha Allah, tahun ni kami nak cari pengasuh untuk Yani dan Yana. Kalau boleh nak yang dekat dengan tempat kerja saya so senang saya nak monitor atau datang tengok kalau ada apa-apa terjadi. Lagipun umur diorang dah nak masuk dua tahun so kami berkira nak cuba latih diorang ke rumah pengasuh dari awal supaya tak membebankan mak lagi. Kalau ikut sejarahnya, dulu Danish dan Danial pun kami hantar ke rumah pengasuh waktu umur dua tahun lebih. Harap-harap Yana dan Yani boleh sesuaikan diri dengan orang baru. Susah juga ya...kawan-kawan yang lain macamana ye? Ada tak menghadapi masalah sebegini?

No comments:

Post a Comment

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...