It's You!

Sunday, January 13, 2013

Takut

Salam

Sekejap je dah hari Ahad. Rasanya macam baru je rileks sekejap. Semalam petang teman Mr Hubby ke Tasek Gelugor...bawa Yani n Yana dan mak. Ronda2 tengok sawah padi yang sedang menguning. Lepas tu Mr Hubby ajak ke rumah adik di Permatang Pasir. Saja singgah sekejap.

Sampai di sana buka cerita pasal penjenayah yang lepas lari tempoh hari. Katanya hari Jumaat tu diorang ada di area Permatang Pasir. Ada saksi nampak mereka di'sana. Ceritanya kawan2 penjenayah yang ada di luar sedang nak beri bekalan makanan kepada diorang. Bila polis serbu, dapatlah kena tangkap tapi yang kena tangkap adalah rakan subahat tu. Penjenayah tu dapat lari lagi. Adik kata ramai polis malam tu berjaga takut diorang lolos ke highway pulak. Hish....selagi tak ditangkap, selagi tu rasa takut nakbergerak ke sana ke mari.

Pagi ni nak rebus ubi kayu...nak cicah ngan sambal tumis cili padi. Tinggalkan korang dengan beberapa gambar. Salah satunya gambar Yani beberapa malam yang lepas. Waktu tu saya sedang membaca novel. Dia datang dan kata kat saya "Mama...pinjam sat buku mama tu. Kakak nak baca. Pinjam la sat" katanya tapi takla lancar...hahaha...macam pandai baca




2 comments:

  1. Rajinnya yani...hehe..ubi kayu rebus tu cicah dan nyok yang campuq dgn gula sedap kniedaz...:D

    ReplyDelete
  2. daripada mati sia2 lebih baik serah diri je kan.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...