Have-a-peek

It's You!

Tuesday, January 22, 2013

Terlajak!

Salam,

Kisahnya tadi tengahari balik rumah MIL hantar nasi kat Danish & Danial. Lepas siap kemas-kemas rumah terus baring sementara tunggu jam 1.30 petang nak siap-siap pi kerja balik. Sekali tu bantai tertidur. Sedar-sedar macam pelik..."Haish...aku kat mana ni?" tengok jam dah jam 2 petang. Alamak! Kelam kabut bersiap pi kerja balik. Ni pun tengah mamai lagi sebab bangun terkejut punya pasal.

Cerita pasal tidur ni, saya sebenarnya jarang tidur sekejap (nap) waktu tengahari. Walaupun mata mengantuk tapi jarang melayan mata tidur. Saya rasa kalau saya tidur sekejap lepas tu bangun, saya jadi makin lemau. Saya hanya akan tidur tengahrai bila saya tak sihat atau waktu mengandung. Hehehe...Waktu mengandungkan si kembar, setiap hari bila jam tepat pukul 1 petang je saya dah bentang tikar kecik saya. Waktu di pejabat lama, kami semua tidur di bawah meja je..hehehe...dapat tidur 40 minit pun dah kira nikmat. Sekarang dah pindah ke bangunan baru, ada la tempat nak melepak tidur, selesa dan berhawa dingin tapi bila dah ada tempat best, saya pula tak rasa nak tidur.




Day Nap ni sebenarnya bagus. Rasulullah S.A.W pun mengamalkan tidur sekejap di siang hari. 1 minit tidur di siang hari kualitinya sama dengan 45 minit tidur di malam hari. Antara kebaikannya ialah :

Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
Baik untuk jantung dan kesihatan.
Meningkatkan fungsi kognitif.
Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
Menjadikan minda lebih kreatif.
Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar


(Terima kasih kepada Anamarza...ambil info di blog kamu)

So, sebenarnya tak jadi kesalahn la tidur di siang hari tapi berpada jangan sampai membawa sampai ke petang. Sukalah kamu yang suka tidur ya...bagi saya, memang susah sikit nak tidur di siang hari. ^_^

4 comments:

  1. BETOL.Sy pun x bole tdor wlaupun mengantuk..nanti bila jaga jadi mcm org lalok..

    ReplyDelete
  2. tidur yg dianjurkan Rasulullah tidur sekejap sebelum waktu zuhor dengan niat nak solat malam. kak lak..dapat tidur jap kat kerusi sementara nak hantar 2 Abdul kak mengaji Quran pun satu nikmat...kalau tak, lepas Isyak, mata tak boleh bukak!

    ReplyDelete
  3. dulu mmg jarang tido tengahari..tapi sejak mengandung kembar ni boleh kata ada masa free je xde kuliah terus nak balik tido..seb baik umah dekat je dgn ofis 10minit je..hehe..

    ReplyDelete
  4. biasanya pukul 2 mmg mata ni dah layu..dapat lelap sekejap pun dh lega..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...