It's You!

Friday, January 25, 2013

Jumaat Yang Sejuk

Salam,

Mood bercuti tapi saya tak cuti sebab tak ada rancangan nak ke mana-mana. Pagi tadi tumpang MIL ke tempat kerja. Malas pulak nak pandu "mini cooper" ke tempat kerja. Hujan turun daripada malam semalam, sepanjang jalan basah. Nasib baik keluar awal, ada dua kemalangan di sepanjang jalan dan satu insiden jalan banjir menyebabkan perjalanan jadi lambat.

Sampai ofis ramai yang tak ada. Kebanyakkannya bercuti dan pergi berjalan-jalan. Belum tiba waktu cuti untuk saya. Insha Allah Raya Cina baru ada plan nak jalan jauh..hehe...mood...EXCITED!

Pagi ni semua kerja-kerja major dah selesai so hari ni kerja saya ialah menyiapkan daun-daun untuk Mind Tree saya dan kerja-kerja mengira dan mengkelaskan komen/cadangan pengunjung. Kerja yang memerlukan mata  yang tajam dan gunting yang tajam huhu...

Gunting-gunting...ikat-ikat...letak


Rehat tengahari ni lebih panjang daripada biasa so nak siapkan projek kraf terbaru saya. Nanti-nanti saya cerita. Cuaca di luar sejuk, di dalam ofis pun sejuk...dah pakai sweater pun masih sejuk. Kalau kat rumah dah tidur dah kot? Hahaha....

On the go project




7 comments:

  1. Replies
    1. Memang kerja-kerja kreatif je hari ni Ummu hehehe

      Delete
  2. Kena tunjuk bila dah siap - kakak nak tengok. Mesti cantik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah siap nanti saya tunjuk ye kak :)

      Delete
  3. Replies
    1. Salam kenal Mia ^_^
      Terima kasih singgah

      Delete
  4. kreatifnya.... masa dulu suka jgk keraf keras tangan tapi dah ada anak2 buat gaduh je sama2 nak buat...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...