It's You!

Saturday, January 19, 2013

Basikal & Lampu

Salam

Petang tadi teman Mr Hubby bawa Danish dan Danial ke kedai basikal. Nak repair basikal Danish. Sebenarnya basikal yang nak direpair tu basikal Acu Apit. Acu dah tak pakai dah...skang dia dah naik motor. Basikal lama Danish dah tak padan dibawa...Danish bagi kat Danial.

Tadi tambah brek..tukar tiub tayar...pasang stand dan adjust seat. Kena Rm59. Danish bayar guna duit dia. Lepas siap repair basikal siap ajak kami minum...dia kata nak belanja. Kami singgah kedai gunting rambut sebab nak gunting rambut diorang yang dah panjang. Sementara tunggu tu saya makan aiskrim Danish belanja...hehe

Pi kedai basikal kat Raja Uda. Mr Hubby yang bawa ke sana. Dia kata sejak kecil dia pi kedai basikal tu. Tu yang nak bawa anak pula ke situ. Sepanjang jalan Raja Uda dah dipasang lampu tanglung sempena Tahun Baru Cina. Setiap tahun diorang pasang lampu. Kalau malam menyelusuri jalan Raja Uda waktu ni mesti seronok. Nanti bila senang saya ajak Mr Hubby gi malam2 lepas tu boleh tangkap gambar lampu cantik. Raja Uda memang kawasan orang Cina..sebab itu meriah sambutan Tahun Baru Cinanya. Oklah...nanti jumpa lagi... Layan gambar ye.

Gambar lampu tanglung tu tak berapa nampak la....






3 comments:

  1. baiknya danish blanjer mak dia makan, byr repair beskal duit sendiri. ..hheheh

    ReplyDelete
  2. Anak kak pun rajin belanja kami kalau banyak duit di tangan...hihi..
    walaupun hanya aiskrim, depa rasa dihargai...

    ReplyDelete
  3. aku belum dapat beli basikal lagi... takpe, sikit hari lagi...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...