Have-a-peek

It's You!

Saturday, January 26, 2013

Kasut Tumit Tinggi

Salam,

Tetiba teringat kasut. Sebab apa? Sebab sekarang ni tengah cari kasut untuk si kembar saya yang comel lotey tu..hahaha...Kasut yang ada sekarang ni dah tak berapa muat. Kasut biasa je..kasut getah RM10 kat pekan hari je.

Sekarang ni, budak-budak kecik pun ada kasut tumit tinggi kan? Macam anak Tom Cruise, Suri tu. Siap ada kasut tumit lagi. Budak-budak tak elok kan pakai kasut tumit. Orang dewasa pun tak bagus pakai kasut bertumit ni.


Berkasut tumit ketika kecil...from Google


Nak cari yang ringan tetapi lekat di kaki. Tak suka belikan macam selipar jepun sebab takut bila mereka berlari terjatuh sebab selipar tercabut. Susah juga nak cari yang berkenan di mata mama dia ni. Huhu...nak cari yang boleh dipakai seharian dan untuk pergi berjalan juga. Nak beli yang murah-murah tak mau yang mahal.



Yang ni cantik tapi nak pakai hari-hari macam tak sesuai pulak


Suka yang getah...nampak santai dan ringan


Sebab dulu masa Danish dan Danial, kami suka beli kasut yang berjenama...tapi budak-budak sekejap je dah besar, baru pakai 4-5 kali dah tak muat. Nasib baik Danial dan sepupu-sepupu diorang ada, boleh bagi kat diorang. So, untuk Yani dan Yana, hanya yang sederhana saja. Lagipun kasut orang perempuan murah takpe tapi banyak...hahahaha...

Nota kaki : Yang pening sebenarnya mama dia sebab banyak yang tak berkenan...kalau Yani dan Yana, semua diorang kata cantik..hehehe

3 comments:

  1. Yani dan Yana belum pandai lagi sebab itu kata semua cantik tapi Niedaz tunggulah raya tahun ini dia dah makin bijak. Jgn terperanjat tetiba dia pun nak kasut tumit tinggi hihi...

    Kalau pakai sepasang cantik Yana/Yani ni. Kakak suka tengok twon pakai sepasang

    ReplyDelete
  2. Kak dh lama retired high heel. Dulu 2 tak jaga kaki, pakai kasut ikut suka, ikut cantik, rupa2nya kaki jd mangsa. La ni, kasut mokcik2...

    ReplyDelete
  3. dulu masa keje mmg suka pakai yg tggi2..la ni dah tak keje sandal jer la..hihi.comey2 la kasut tu..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...