It's You!

Monday, January 14, 2013

Nak Jumpa Fedtri Yahya

Salam

Hari ni saya sampai awal nak mengelakkan kesesakan. Sampai sekolah Danish jam 6.50 pagi. Lega sebab kereta tak banyak tak la rushing sangat.

Hari ni saya ada Seminar Protokol dan Etika Pengacaraan dalam Majlis Rasmi di Bilik Perdana 1. Kena berjalan sikit ke Laman Perdana. Yang bestnya seminar ini dijayakan oleh pengacara TV3 tu, saudara Fedtri Yahya. Dapatlah jumpa secara live kalau sebelum ni tengok dalam tv je. Mesti dapat ilmu-ilmu menarik hari ni. Tentatif sampai jam 4.30 petang.

Semalam cerita pasal makan-makan, saja hari ni google gambar udang ketak bagi tunjuk kat kawan-kawan yang tak pernah makan atau jumpa secara live udang ketak ni. Kalau gi Pulau Aman, orang Cina suka order udang ketak rebus makan dengan sos je. Isinya manis macam udang besar juga tapi kulit dia keras dan ada sisik tajam macam ketam. Waktu menyiangnya, kenalah buang sisik tajam tu takut waktu makan tercucuk jari atau mulut..hehehe.. Kalau kat rumah ni, diorang suka goreng dengan garam kunyit je. Lepas tu ratah camtu je. Nak makan, kena makan last sebab payah nak kopek kulit bagai.


Ni dia rupa udang ketak. Thank you Mr. Google

Oklah..tinggalkan korang semua dengan gambar udang ketak hasil google di pagi hari. Nak sarapan ubi kayu rebus jam sebelum ke Laman Perdana. Kat sana pun nanti mesti ada breakfast tapi nak makan ubi juga dulu hahaha..

Selamat bertugas dan selamat hari Isnin!


5 comments:

  1. Kata-kata Fedtri Yahya selalu tajam dan bernas kakak suka apa lagi kalau dia bergurindam.

    Susah nak dapat udang ketak sekarang nie.

    ReplyDelete
  2. sedapnyer udang besar nie...taruk dlm kue tiaw mesti best kan..

    ReplyDelete
  3. kat pasar malam SP banyak tapi kak tak reti nak siang dan nak masak laaa...

    ReplyDelete
  4. jgn pandang fedtri sgt nnt lupa pulak nak ambik tips dari dia. hehehe...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...