It's You!

Tuesday, January 1, 2013

Persiapan


Salam

Selamat tahun baru 2013. Permulaan baru bagi tahun baru. Moga apa yang kita impikan menjadi kenyataan.
Bagi saya, ada perancangan yang telah dibuat untuk tahun 2013. Semoga apa yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Insya Allah.

Bertolak dari Putrajaya pagi tadi dalam jam 11 pagi. Jalan lengang sangat so perjalanan pulang kami ke Pulau Pinang berjalan lancar. Sampai di area Perak ternampak konvoy motor dari Pulau Pinang memenuhi lebuh raya. Punyalah ramai dan bermacam-macam aksi yang diorang buat di atas jalan. Paling banyak ialah aksi superman...ish...kalau terjatuh camna la agaknya...tak sayang nyawa betul.

Jam 3 lebih kami selamat sampai di rumah. Bermulalah aktiviti mengemas kereta, mencuci pakaian, mengemas rumah dan iron baju sekolah. Sempat juga meneman Danish berlatih mengikat tali leher. Maklumlah...esok first time dia ke sekolah bertali leher. Sebelum bertolak dari Putrajaya, dia dah belajar cara mengikat tali leher dengan Cik Li, biras saya. Cik Li dia cikgu kaunseling di Cheras so bab tie ni memang expert la...Nak harapkan abah dia, dia kata dah lama tinggal tali leher...takut terlupa pulak caranya.

Dah selesai dengan persiapan sekolah, rasa aman sikit. Esok bermulalah alam persekolahan buat Danish dan Danial. Selamat menempuh alam persekolahan yang baru. Belajar rajin-rajin ya!

Dua orang budak yang nakal ni nak start sekolah balik...

1 comment:

  1. budak2 ni happy kat rumah je. sampai sekolah ada la drama queen. geram betul.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...