It's You!

Sunday, January 13, 2013

Makan-makan

Salam

Pagi tadi mak rebus ubi kayu. Dari semalam memang dah berniat nak rebus ubi kayu yang MIL baw balik dari rumah Mak Long. Pagi-pagi dah masuk dapur kupas bawang dan keluarkan cili padi. Sementara saya siapkan bahan, Mr Hubby pulak goreng roti canai segera.

Roti canai segera ni MrHubby beli kat area Keramat rasanya. Masa gi bercuti di rumah adik saya tahun baru yang lepas, Mr Hubby beli stok roti canai ni satu 10 bungkus (satu bungkus ada 10 keping roti canai). Rotinya sangat sedap dan lembut. Kalau ke sana mestilah kena beli stok. Sapa-sapa yang dekat ngan area Keramat AU mesti pernah jumpa. Saya sertakan gambarnya kalau sesiapa pernah jumpa jenama ini.

Itu je nak cerita. Pasal makanan. Tengahari ni pulak diorang masak simple je...sayur petola ngan suhuun masak air, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan temenung goreng dan udang ketak goreng. Sedap tak menu kami hari ni.




5 comments:

  1. Ubi kayu rebus mmg terbaik. Udang ketak... owh manis kn isi dia.. cuma sy geli tgk rupa dia hihihi.

    ReplyDelete
  2. ubi rebus tu kalau family kak di johor kena cari sambal tumis

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA..LAYAN DGN AIR KOPI,FUHHH

    ReplyDelete
  4. best tuuuu... simple tp sedap

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...