Lama dah tak tempek gambar-gambar menarik dalam blog ni. Nah saya share beberapa keping gambar menarik tahun 2012. Semuanya sangat menarik dan mempunyai cerita yang tersendiri. Enjoy!
Gambar Aurora Australialis ini dirakam oleh Andre Kuipers seorang angkasawan Belanda. Beliau banyak merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang berada di angkasa sehingga July 2012.
Yang ni gambar sekumpulan "Devil Ray" dirakam oleh jurugambar Florian Schulz di Laut Cortezz di perairan Mexico pada tahun 2009. Gambar ini memenangi "2010 Environmental Photographer of the Year awards" bagi kategori Underwater World oleh National Geographic.
NASA telah merakamkan gambar badai matahari atau Colossal Coronal Mass Ejection pada 31 Ogos 2012. Subhanallah.
Hujan Meteor Perseid yang terjadi pada 11 - 13 Ogos 2012. Gambar ini dirakam oleh David Kingham di Snowy Range, Wyoming.
Gambar Beachy Head Chalk Cliff, England dirakamkan oleh jurugambar Rhys Davies. Ia adalah tebing batu kapur tetinggi di Britain dengan ketinggian 162 meter di atas paras laut. Cantik kan?
subhanallah....cantik sungguh ciptaanNya...
ReplyDeleteKalau dapat pi tempat-tempat cantik atau melihat sendiri dengan mata kepala, pastinya satu kenangan terindah
Deletecantek2 semua.. mmg tergamam gak tengok gambar2 ni.. thanks for shared..
ReplyDeleteCantikkan Nani... ^_^
DeleteSubhanallah...
ReplyDeleteDan buat saya yg mmg gemar fotografi, mmg simpan angan2 nak gi Beachy Head Chalk Cliff tu :P
kan kan...kalau dapat pi tempat2 tu, ya Allah mesti seronok
Delete