It's You!

Wednesday, January 16, 2013

Yana & Yani

Salam,

Hari ni saya cuma nak tempek gambar-gambar dua budak kecik je. Hari ni sibuk pulak, tak sempat nak berBW laju-laju macam selalu. Nak buat entry pun tertangguh-tangguh.

Dua budak kecik ni dah besar dah. Bulan depan dah masuk dua tahun. Yani dah pandai buat ayat lebih panjang. Contoh, "Adik...tiam. Jangan nanes. Tu..tu..ade bewak..." (Adik, diam, jangan nangis..tu tu ada biawak" - cara dia pujuk adik dia nangis. Tang biawak tu ntah mana dia dapat ntah. Tok dia kot...hahaha.

Yani juga dah pandai berbahasa dengan orang tua. Kalau abah dia balik, dia akan ajak abah dia makan. Kalau tanya kami pi mana, dia akan bagitau, pi kerja. Lepas tu dia akan bagitau pi kerja nak beli apa..semua tu tok-tok diorang yang ajar. Dua tiga kali ajar terus melekat.

Yana pula memang lasak. Cakap masih pelat tapi aetiap hari/minggu ada perkataan baru yang dia belajar. Macam baru-baru ni bawa naik motor, kami lalu kat bendang. Spontan dia kata "Wah..cantiknya!". Terkejut saya. Sebab sebelum ni tak pernah cakap begitu. Budak-budak ni bila kita selalu puji dia, makin laju dia belajar.

Oklah..enough saying. Enjoy the pictures!

Main masak-masak..habis satu rumah

Baca novel mama..dia kata "Mama pinjam sat..kakak nak baca" Hoh!

Nak amik gambar dia, pandai pulak elak

Susah nak amik gambar Yana..lari merata je..tak duduk diam

Makan biskut gulung sambil tengok kartun

Nak panjat gril...ada masa, sampai atas diorang panjat..pengsan!

Badan dah debab mana muat dalam bakul tu yang oiii

Ok..bye..bye...lain kali jumpa lagi!

Nota kaki : lain kali bubuh gambar Danish dan Danial pulak..heehhehe

6 comments:

  1. ADUH,COMEL NYA..GRRRRRRR..RS NAK GIGIT JER..HIHIHI

    ReplyDelete
  2. dari dulu kak ngidam anak perempuan kembar.. tak de rezeki, rupa-rupanya boleh "tumpang" lihat keletah yana dan yani

    ReplyDelete
  3. Comel sungguh yana dgn yani ni...geram2..cik ubi sya pun suka pnjat gril..jenuh kena hambat...hehe..:D

    ReplyDelete
  4. stage camni lah best melayan...
    nak nak kalo cakap pelat kan sis....
    kkdg tu memang buat kita terkezuuut je wif their new vocab....

    ReplyDelete
  5. cop cop..yana & yani ni kembar eh? kenapa comel sgt ni..geram aunty tgk tau. hehehe. aunty harap dpt baby girl yg comel mcm yana yani jugak nnt. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Comellllll! Suke baca telatah diorg. Makin bijak.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...